Adiba Yunus

Adiba Yunus | Actor

Banglo Berkunci
Banglo BerkunciCerita ini mengisahkan tentang 3 orang anak muda, Danny, Boy dan Adam yang suka membuat aktiviti paranormal yang pergi ke tempat-tempat mistik untuk mencari kepastian tentang apakah benar bahawa hantu itu wujud. Terkini, mereka pergi ke sebuah banglo yang mana banglo tersebut mempunyai sejarah hitam. Sheikh Iskandar Al Munawir telah membunuh isterinya Sharifah Mazlinda dan anak tunggalnya Syed Maliqi 20 tahun lalu kerana tekanan perasaan dan dia menembak diri sendiri oleh kerana tiada pilihan lain. Kesuma, merupakan pewaris tunggal Sheikh Iskandar untuk menjaga bangle tersebut. Danny, Adam dan boy bertemu dengan Kesuma untuk masuk ke dalam banglo tersebut. Kesuma menceritakan bagaimana keadaan dan cara pembunuhan keluarga Sheikh Iskandar ini dan perkara itu membuatkan Danny lagi teruja untuk masuk ke dalam banglo tersebut. Kesuma kemudiannya meminta mereka untuk datang semula ke banglo tersebut pada Khamis malam Jumaat dan masuk ke dalam banglo itu selepas Isyak dan keluar sebelum subuh dan banglo tersebut dikunci oleh Kesuma sepanjang tempoh tersebut dan akan dibuka semula selepas subuh. Mereka bersetuju dan mereka masuk ke dalam banglo itu pada Khamis malam Jumaat walaupun Adam terpaksa mengundurkan diri oleh kerana takut. Malam itu hanya Danny dan boy sahaja yang masuk ke dalam bangle tersebut. Pelbagai perkara yang menyeramkan terjadi kepada mereka dan pelbagai clue yang dijumpai oleh mereka tentang siapa sebenarnya penghuni banglo tersebut. Mereka juga sering mendapat gambar potert keluarga mangsa di mana-mana tapi hairannya gambar isteri itu dikoyakkan seperti tidak mahu diketahui. Akhirnya mereka mendapat sekeping gambar yang lengkap dan gambar isteri itu mirip wajah Boy. Mereka bergelut untuk keluar dari banglo itu selepas mendapat tahu gambar itu mirip Boy.
Nasi Tangas
Nasi TangasHairi dan Fatin bersahabat baik. Mereka bekerjasama untuk membuka sebuah kafe bersama. Hubungan mereka seperti pasangan kekasih, namun Hairi dan Fatin tidak lebih daripada sekadar kawan. Mira pula rakan baik kepada Fatin. Mira akui yang dia mencintai Hairi. Di atas dasar kawan, Fatin cuba merapatkan hubungan Mira dan Hairi sehinggalah mereka berdua berkahwin. Mira pula memperkenalkan Fatin kepada Faiz sebagai balasan kerana menyatukan dirinya dengan Hairi. Hubungan mesra Hairi dan Mira sebagai suami isteri goyah apabila rasa cemburu menghantui Mira setelah melihat kemesraan Hairi dan Fatin, walaupun Mira tahu yang mereka berdua rakan baik. Atas desakan ibunya, Mira diajar cara untuk membuat nasi kangkang supaya Hairi tunduk kepadanya. Mira juga rela ditiduri seorang bomoh yang menjampi nasi kangkang itu supaya lebih berkesan. Perbuatan terkutuk Mira telah menyebabkan Hairi patuh kepada kata-katanya dan membuatkan Hairi memutuskan persahabatannya dengan Fatin. Pada masa yang sama, Fatin kerap diganggu hantu saka. Selepas berjumpa Ustaz Dauz, Fatin mengetahui yang ini adalah perbuatan ibu Mira. Faiz juga menyelamatkan Fatin daripada sebarang gangguan. Namun semua ini tidak kekal lama apabila Hairi dibawa berjumpa Ustaz Dauz. Betapa kecewa hatinya apabila mengetahui yang isterinya telah melakukan perbuatan terkutuk kepada dirinya. Hairi bersemuka dengan Mira untuk meminta penjelasan, namun selepas kemalangan terjadi, Mira berubah. Apa yang akan berlaku kepada Mira? Dapatkah Hairi memaafkan Mira? Saksikan Nasi Tangas.
Jangan Ambil Nyawa Aku
Jangan Ambil Nyawa AkuMengisahkan tentang Malique, seorang pemilik bundle bersama rakan baiknya, Fikri, yang sering sibuk dan mengetepikan ayahnya, Kamarul dan adik perempuannya Fiza di kampung. Malique seorang lelaki yang agak sosial. Kaki club, kaki perempuan dan dia mempunyai seorang teman wanita bernama Suzi yang telah hamil anaknya namun tidak percaya yang itu adalah anaknya. Cerita bermula apabila Malique sering keguguran rambut dan rakannya Fikri memberitahu mungkin Malique mempunyai Leukimia sebab basic orang kurang tahu, bila rambut gugur je, mereka ada penyakit leukimia. Dengan rasa takut, dia akhirnya pergi mendapatkan rawatan doktor. Doktor mengesahkan Malique hanya mengamali keguguran rambut dan masalah kulit kepala kering namun Malique tersalah dengar rumors doktor mengatakan tentang penyakit Leukimia terhadap pesakit lain. Oleh kerana dia paranoid dengan penyakit leukimia, dan rakannya juga bercakap tentang leukimia, doktor juga bercakap benda yang sama, dia panik dan paranoid. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk berubah jadi lebih baik sebelum mati. Dia jual syer nya di bundle, sedekah beras dan pakaiannya ke anak yatim, tinggalkan rumah dan sebagainya dan kini lebih dekat dengan tuhan, sering berdoa supaya matinya dalam aman. Dia juga kini meminta maaf kepada abah dan adiknya kerana perilakunya sebelum ini. 6 bulan sudah berlalu, secara kebetulan Malique kemalangan kecil dan mendapat rawatan di klinik sama dia mengambil rawatan leukimia. Doktor mengesahkan dia tidak ada leukimia, dia Cuma salah dengar. Pesakit leukimia ituadalah orang lain. Malique terkejut, dengan slaah dengarnya itu, dia sudah hilang segala harta bendanya namun dia menjadi seorang yang budiman.