Elias Koteas
Elias Koteas | Actor
Kau Yang Pertama
Kisah percintaan antara boss & intern. Farhan adalah pengasas dan pemilik Butik Carla’s Collections di mana tempat Rose Natasya lakonan Farah Nabilah membuat latihan industri bagi semester akhir pengajiannya. Dalam diam, Rose selalu berangan bersama Farhan bagaikan babak dalam drama-drama Korea. Namun, Rose sedar dirinya siapa, lagipun Farhan sudah pun bertunang dengan Ameera.
Takdir Yang Tertulis
Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya. Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pertengkaran besar di pejabat mereka. Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed).