Faizal Hussein
Longkai
EDDIE dan BADA adalah adik-beradik yang bekerja sebagai longkai. Mereka akan menghantar kenderaan yang ditarik ke bengkel Rima. RIMA menaruh hati pada Bada walaupun Bada tidak pernah menyedarinya. MOJO dan BAYAM adalah musuh kepada Eddie dan Bada sejak dulu akibat perebutan bisnes longkai mereka.
Syawal Yang Hilang
Kisah bermula apabila PAK AYOB membawa pulang AIMAN (10 Tahun) ke rumah. Aiman merupakan anak hasil hubungannya dengan Junaidah. Selama ini Pak Ayob tidak mengetahui tentang kewujudan Aiman sehinggalah Junaidah meninggal dunia. AISYAH dan KAMAL (15 Tahun) menerima Aiman seadanya. Aisyah menyayangi Aiman seperti anaknya sendiri begitu juga Kamal. Hanya Pak Ayob saja yang sukar untuk menerima kewujudan Aiman dalam keluarganya. Di bulan Ramadhan, ketika Aisyah, Aiman dan Kamal sedang berbuka puasa Pak Ayob pulang dengan rasa marah. Dia memarahi Aiman kerana menghebohkan pada orang kampung bahawa dia bukan anak Aisyah. Aisyah cuba menghalang kemarahan Pak Ayob namun gagal dan akibat dari itu, Aisyah terbunuh. Sejak itu, Kamal menyimpan dendam pada Pak Ayob dan rasa benci yang amat dalam pada Aiman