Intan Ladyana

Intan Ladyana | Actor

Adnan Sempit 3
Adnan Sempit 3Kisah cinta penuh ranjau antara pasangan Adnan (Shaheizy Sam), Nadia (Intan Ladyana), Bobby (Along Cham) dan Wawa (Yana Samsudin) akhirnya bertemu jalan indah, apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing-masing. Pelbagai persediaan yang telah mereka lakukan untuk menjadikan malam pertama mereka berjalan dengan lancar, bermacam-macam cara dan petua yang digunakan oleh mereka sehingga menimbulkan kelucuan. Masalah mulai berlaku apabila Nadia dan Wawa sama-sama didapati mengandung. Sehubungan itu, Adnan turut mengalami alahan yang teruk akibat kehamilan isterinya. Sementara itu, Bobby pula menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos isterinya bersalin. Nadia yang asyik ‘moody’ dan baran sepanjang tempoh mengandung juga turut menjejaskan hubungannya dengan Adnan, yang merasakan dirinya terpinggir. Masalah mulai bertambah besar apabila Adnan dihantar ke Melaka bagi pihak bapa mertuanya, untuk menguruskan kerja-kerja pra-pelaburan yang berkaitan dengan pengeluaran mee segera bapa mertuanya dengan sebuah kilang. Di kilang yang sama, Adnan telah berkenalan dengan Zita, seorang gadis yang mempunyai minat yang sama dalam sukan permotoran. Kerana masalah yang dihadapi ditambah pula dengan rasa kesunyian, Adnan banyak meluangkan dan menghabiskan masanya dengan Zita. Perhubungan mereka akhirnya telah disalah sangka oleh Nadia, sehingga menyebabkan hubungan mereka mungkin akan berakhir begitu sahaja. Nasib malang yang sama juga turut menimpa Bobby, apabila dia terpaksa mengingkari janjinya pada Wawa dan melibatkan dirinya dalam perlumbaan haram untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatan isterinya. Apabila perbuatan itu telah diketahui Wawa, dia turut memberikan kata putus untuk berpisah dengannya. Bagaimanakah nasib mereka semua? Semuanya bakal terjawab dalam Adnan Sempit 3.
Banglo Berkunci
Banglo BerkunciCerita ini mengisahkan tentang 3 orang anak muda, Danny, Boy dan Adam yang suka membuat aktiviti paranormal yang pergi ke tempat-tempat mistik untuk mencari kepastian tentang apakah benar bahawa hantu itu wujud. Terkini, mereka pergi ke sebuah banglo yang mana banglo tersebut mempunyai sejarah hitam. Sheikh Iskandar Al Munawir telah membunuh isterinya Sharifah Mazlinda dan anak tunggalnya Syed Maliqi 20 tahun lalu kerana tekanan perasaan dan dia menembak diri sendiri oleh kerana tiada pilihan lain. Kesuma, merupakan pewaris tunggal Sheikh Iskandar untuk menjaga bangle tersebut. Danny, Adam dan boy bertemu dengan Kesuma untuk masuk ke dalam banglo tersebut. Kesuma menceritakan bagaimana keadaan dan cara pembunuhan keluarga Sheikh Iskandar ini dan perkara itu membuatkan Danny lagi teruja untuk masuk ke dalam banglo tersebut. Kesuma kemudiannya meminta mereka untuk datang semula ke banglo tersebut pada Khamis malam Jumaat dan masuk ke dalam banglo itu selepas Isyak dan keluar sebelum subuh dan banglo tersebut dikunci oleh Kesuma sepanjang tempoh tersebut dan akan dibuka semula selepas subuh. Mereka bersetuju dan mereka masuk ke dalam banglo itu pada Khamis malam Jumaat walaupun Adam terpaksa mengundurkan diri oleh kerana takut. Malam itu hanya Danny dan boy sahaja yang masuk ke dalam bangle tersebut. Pelbagai perkara yang menyeramkan terjadi kepada mereka dan pelbagai clue yang dijumpai oleh mereka tentang siapa sebenarnya penghuni banglo tersebut. Mereka juga sering mendapat gambar potert keluarga mangsa di mana-mana tapi hairannya gambar isteri itu dikoyakkan seperti tidak mahu diketahui. Akhirnya mereka mendapat sekeping gambar yang lengkap dan gambar isteri itu mirip wajah Boy. Mereka bergelut untuk keluar dari banglo itu selepas mendapat tahu gambar itu mirip Boy.