Adnan Sempit 3Kisah cinta penuh ranjau antara pasangan Adnan (Shaheizy Sam), Nadia (Intan Ladyana), Bobby (Along Cham) dan Wawa (Yana Samsudin) akhirnya bertemu jalan indah, apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing-masing. Pelbagai persediaan yang telah mereka lakukan untuk menjadikan malam pertama mereka berjalan dengan lancar, bermacam-macam cara dan petua yang digunakan oleh mereka sehingga menimbulkan kelucuan. Masalah mulai berlaku apabila Nadia dan Wawa sama-sama didapati mengandung. Sehubungan itu, Adnan turut mengalami alahan yang teruk akibat kehamilan isterinya. Sementara itu, Bobby pula menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos isterinya bersalin. Nadia yang asyik ‘moody’ dan baran sepanjang tempoh mengandung juga turut menjejaskan hubungannya dengan Adnan, yang merasakan dirinya terpinggir. Masalah mulai bertambah besar apabila Adnan dihantar ke Melaka bagi pihak bapa mertuanya, untuk menguruskan kerja-kerja pra-pelaburan yang berkaitan dengan pengeluaran mee segera bapa mertuanya dengan sebuah kilang. Di kilang yang sama, Adnan telah berkenalan dengan Zita, seorang gadis yang mempunyai minat yang sama dalam sukan permotoran. Kerana masalah yang dihadapi ditambah pula dengan rasa kesunyian, Adnan banyak meluangkan dan menghabiskan masanya dengan Zita. Perhubungan mereka akhirnya telah disalah sangka oleh Nadia, sehingga menyebabkan hubungan mereka mungkin akan berakhir begitu sahaja. Nasib malang yang sama juga turut menimpa Bobby, apabila dia terpaksa mengingkari janjinya pada Wawa dan melibatkan dirinya dalam perlumbaan haram untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatan isterinya. Apabila perbuatan itu telah diketahui Wawa, dia turut memberikan kata putus untuk berpisah dengannya. Bagaimanakah nasib mereka semua? Semuanya bakal terjawab dalam Adnan Sempit 3. Cinta Koko CoklatDamia, Pengerusi ‘Rich Chocolate’ terima seorang pelumba kereta yang terpaksa bercuti dari perlumbaan litar akibat krisis kewangan, Haikal sebagai pemandunya setelah Haikal selamatkan Damia dari satu cubaan culik. Damia turut menggaji rakan baik Haikal, Faizal sebagai pemandu keluarganya setelah adiknya, Darwina pulang dari luar negara.
Pergeseran dalam keluarga serta rahsia silam yang disembunyikan oleh ibunya, Puan Sri Soraya membuka ruang untuk pengurus syarikat yang juga teman lelaki Damia, Malik memanipulasi, mengeksploitasi serta mensabotaj Damia dan keluarga arwah Tan Sri Farish. Ekoran dari pelbagai krisis dan konflik, hubungan majikan dan pemandu di antara Damia dan Haikal serta adiknya, Darwina dan Faizal bertukar kepada cinta manakala adik bongsu mereka, Danisya bertemu kasih dengan cucu pembantu rumah mereka, Naim.
Setelah segala pergolakan berakhir, Haikal dan Faizal kembali semula ke medan lumba kereta dan berjaya merangkul gelaran juara.