Ranti Purnamasari

Ranti Purnamasari | Actor

Keramat
Keramat"Keramat", sebuah filem seram terbitan Metrowealth Pictures mengisahkan Habib (Zul Suphian) yang telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika (Diana Amir) sehingga dia dipukul oleh penduduk-penduduk kampung yang diketuai oleh abang Mustika sendiri, Jabar (Alex Yanz). Pada kejadian itu, Habib yang bukan pemuda sebarangan telah memperlihatkan satu keajaiban apabila kain yang menutupi wajahnya telah mengeluarkan cahaya sehingga ramai penduduk kampung mati kerana pancaran tersebut. At this time, the lives of two sisters that come plagued Nasti Nazmir and various weird and creepy events start to lose the baby who was conceived by syazura, wife Nazmir.Since then, one by one afflicted with a variety of events outside the mind termasukMunirah, Nasti’s wife. Syazura desire to return to her village site, it is increasingly difficult. One by one the secret is uncovered and reveals a shocking history Nazmir, Syazura, Nasti and Munirah. Who is really behind in this matter and what is the secret? KERAMAT, MIG recent horror films have the answers .. Pada masa kini, hidup dua beradik Nasti dan Amir selalu diganggu perkara yang aneh. Anak yang dikandung oleh Zura, isteri Amir hilang dari rahimnya. Sejak itu, pelbagai perkara pelik terjadi pada mereka termasuklah Munirah, isteri Nasti. Zura menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung. Satu demi satu rahsia terbongkar dan ia juga mendedahkan sejarah mengejutkan antara Amir, Zura, Nasti dan Munirah. Siapakah dalangnya dan apakah rahsianya? Tonton Keramat untuk ketahui jawapannya.
Derhaka Seorang Madu
Derhaka Seorang MaduDerhaka Seorang Madu berkisar tentang pasangan suami isteri iaitu Kamal (Azhan Rani) dan Hawa (Lisdawati), mereka dikurniakan dua orang anak, Muaz (Aman Nassim) dan Malissa (Farisha Crosly). Apabila Hawa membenarkan Rozita (Faradhiya) dan anak perempuannya, Icha (Lufya) tinggal di rumah mereka, Kamal secara rahsia telah jatuh cinta terhadap Rozita. Dia membuat keputusan mahu berkahwin dengan Rozita. Sejak berkahwin dengan Rozita, cara Kamal melayan Hawa telah berubah. Dia sangat jarang menziarahi Hawa dan anak-anak mereka, apa lagi ingin memberi nafkah. Jika Kamal menemui Hawa, ia akan berakhir dengan pergaduhan. Ditambah pula, Rozita sering menghasut dan memburuk-burukkan madunya itu dengan pelbagai tohmahan. Rozita menuduh Hawa telah memalukannya di khalayak sedangkan Hawa tidak sengaja terlanggar Rozita pada waktu itu. Melihat suaminya kerap kali pulang ke rumah dengan kepenatan, Rozita memberi cadangan kepada Kamal untuk berhenti bekerja dan membuka restoran. Kamal keberatan kerana ia memerlukan modal yang besar. Rozita meyakinkan Kamal yang dia sudah mempunyai perancangan untuk mendapatkan modal. Hawa tiba-tiba terkejut apabila Kamal mengarahkannya membuat pinjaman peribadi mewakili mereka berdua sebagai modal perniagaan. Pada mulanya, Hawa enggan menuruti permintaan Kamal namun bersetuju setelah dipujuk berulang kali dan dijanjikan hak ke atas restoran tersebut. Rozita sebenarnya mahu Kamal menjarakkan dirinya dari Hawa. Icha tidak pernah bersetuju dengan cara Rozita selama ini. Pelbagai dugaan yang menguji ketabahan Hawa dan keluarga. Berjayakah Rozita memisahkan Hawa dan suaminya, Kamal?