Ismail Bob Hashim

Ismail Bob Hashim | Director

Paku Pontianak
Paku PontianakSelepas insiden Adam melanggar seorang gadis bernama Melati dengan keretanya, Adam dan keluarganya telah mengambil keputusan untuk menjaga Melati. Melati tersedar dari kemalangan tersebut sehari selepas kejadian itu dan tidak boleh mengingati apa2 pun melainkan nama beliau. Seri rasa terancam dengan kehadiran Melati kerana Seri selalu mengimpikan untuk menjadikan Adam sebagai suaminya. Setahun sudah berlalu, Melati masih tidak teringat apa2 pun tentang dirinya dan masih lagi tinggal bersama keluarga Adam. Fatima ibu kepada Adam telah mengambil keputusan untuk menyuruh Adam untuk berkahwin dengan Melati bagi mengelakkan orang mengata tentang keluarga mereka. Adam dan Melati pada ketika itu yang sudah saling menyimpan perasaan di antara satu sama lain, bersetuju dengan cadangan Fatima. Perkahwinan mereka telah menyebabkan Seri sangat kecewa dan berdendam, Seri bersumpah yang dia akan melakukan segalanya untuk merosakkan serta mengucar-kacirkan hidup Melati. Semenjak dari itu, perkahwinan Adam dan Melati bermasalah. Melati sering sakit dan dia selalu menjerit dan terkena histeria. Pak Leh, pakcik kepada Adam mula merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Melati. Pak Leh juga seolah2 telah dapat mengetahui apakah punca permasalahan antara Adam dan Melati yang sebenarnya. Satu hari, Adam terasa seperti ada satu bonjolan kecil di belakang leher Melati. Adam menyangka Seri adalah dalang di sebalik perkara itu tetapi Pak Leh menyatakan bahawa Melati sebenarnya adalah seorang PONTIANAK!!! Adakah Melati betul2 seorang PONTIANAK?? Atau adakah ianya disebabkan oleh Seri? Apa yang akan terjadi pada Adam?
Adnan Sempit 3
Adnan Sempit 3Kisah cinta penuh ranjau antara pasangan Adnan (Shaheizy Sam), Nadia (Intan Ladyana), Bobby (Along Cham) dan Wawa (Yana Samsudin) akhirnya bertemu jalan indah, apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing-masing. Pelbagai persediaan yang telah mereka lakukan untuk menjadikan malam pertama mereka berjalan dengan lancar, bermacam-macam cara dan petua yang digunakan oleh mereka sehingga menimbulkan kelucuan. Masalah mulai berlaku apabila Nadia dan Wawa sama-sama didapati mengandung. Sehubungan itu, Adnan turut mengalami alahan yang teruk akibat kehamilan isterinya. Sementara itu, Bobby pula menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos isterinya bersalin. Nadia yang asyik ‘moody’ dan baran sepanjang tempoh mengandung juga turut menjejaskan hubungannya dengan Adnan, yang merasakan dirinya terpinggir. Masalah mulai bertambah besar apabila Adnan dihantar ke Melaka bagi pihak bapa mertuanya, untuk menguruskan kerja-kerja pra-pelaburan yang berkaitan dengan pengeluaran mee segera bapa mertuanya dengan sebuah kilang. Di kilang yang sama, Adnan telah berkenalan dengan Zita, seorang gadis yang mempunyai minat yang sama dalam sukan permotoran. Kerana masalah yang dihadapi ditambah pula dengan rasa kesunyian, Adnan banyak meluangkan dan menghabiskan masanya dengan Zita. Perhubungan mereka akhirnya telah disalah sangka oleh Nadia, sehingga menyebabkan hubungan mereka mungkin akan berakhir begitu sahaja. Nasib malang yang sama juga turut menimpa Bobby, apabila dia terpaksa mengingkari janjinya pada Wawa dan melibatkan dirinya dalam perlumbaan haram untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatan isterinya. Apabila perbuatan itu telah diketahui Wawa, dia turut memberikan kata putus untuk berpisah dengannya. Bagaimanakah nasib mereka semua? Semuanya bakal terjawab dalam Adnan Sempit 3.