Minyak Dagu

iflix
Minyak Dagu

Minyak Dagu

  • PG-13
  • 2013
  • 73mins
StarringYana SamsudinFezrul KhanFizo OmarDirectorAzhari Mohd ZainIni sebuah kisah tentang dendam. Perasaan benci yang mendalam telah menyebabkan Azman bertekad untuk melakukan perbuatan sihir terhadap bekas tunangnya, Emelda menggunakan minyak dagu yang sangat kuat. Azman pergi berjumpa dengan Wak Minarjo, bomoh yang pakar menghasilkan minyak dagu menggunakan dagu orang yang telah mati. Emelda memutuskan pertunangan itu atas desakan orang tuanya yang mengatakan Azman bukan calon yang tepat. Mereka lebih menyukai Johan, seorang doktor berbanding Azman, seorang jurujual yang hanya bergantung kepada komisen. Liza, ibu kepada Azman kecewa mendengar berita itu, apatah lagi Azman. Selepas menemui Wak Minarjo dan melihat sendiri keberkesanan minyak dagu itu, Azman mengambil keputusan untuk memilikinya juga. Dia mahu Emelda tergila-gilakannya. Wak Minarjo memberitahu Azman bahawa dia perlu mengikut pantang larang jika tidak mahu perkara buruk terjadi. Azman diberitahu, setelah dia mencalit minyak itu pada siku Emelda, dia perlu menanamnya di bawah pokok pisang untuk mengelakkan minyak itu dipanah petir dan kuasanya akan hilang. Emelda dan Johan bakal berkahwin dan disebabkan Emelda tak mahu mengecewakan Azman, dia menjemput Azman ke majlis perkahwinan mereka. Azman menggunakan peluang ini untuk mencalit minyak itu pada siku Emelda. Ketika majlis perkahwinan mereka, Emelda seperti diserang histeria. Emelda bertambah sakit setiap hari dan asyik bertanya tentang Azman, bukannya Johan. Ainon, ibu kepada Emelda percaya apa yang berlaku kepada Emelda ini adalah perbuatan Johan kerana hubungan mereka sebelum berkahwin tidak lama. Setelah bergaduh besar, Ainon diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Disebabkan rasa bersalah, Azman menziarahi rumah orang mati dan mengucapkan takziah. Tetapi Azman lupa yang dia telah melanggar pantang larang yang dia tidak boleh menziarahi rumah orang mati. Kini segalanya berubah. Apakah yang akan berlaku kepada Azman? Dapatkah Emelda bebas daripada perbuatan sihir ini?