Nasi Tangas

iflix
Nasi Tangas

Nasi Tangas

  • PG-13
  • 2014
  • 81mins
SubtitlesMalayEnglishStarringAdiba YunusAzwan KombosShima AnuarHerman TinoDelimawatiDirectorHashim RejabHairi dan Fatin bersahabat baik. Mereka bekerjasama untuk membuka sebuah kafe bersama. Hubungan mereka seperti pasangan kekasih, namun Hairi dan Fatin tidak lebih daripada sekadar kawan. Mira pula rakan baik kepada Fatin. Mira akui yang dia mencintai Hairi. Di atas dasar kawan, Fatin cuba merapatkan hubungan Mira dan Hairi sehinggalah mereka berdua berkahwin. Mira pula memperkenalkan Fatin kepada Faiz sebagai balasan kerana menyatukan dirinya dengan Hairi. Hubungan mesra Hairi dan Mira sebagai suami isteri goyah apabila rasa cemburu menghantui Mira setelah melihat kemesraan Hairi dan Fatin, walaupun Mira tahu yang mereka berdua rakan baik. Atas desakan ibunya, Mira diajar cara untuk membuat nasi kangkang supaya Hairi tunduk kepadanya. Mira juga rela ditiduri seorang bomoh yang menjampi nasi kangkang itu supaya lebih berkesan. Perbuatan terkutuk Mira telah menyebabkan Hairi patuh kepada kata-katanya dan membuatkan Hairi memutuskan persahabatannya dengan Fatin. Pada masa yang sama, Fatin kerap diganggu hantu saka. Selepas berjumpa Ustaz Dauz, Fatin mengetahui yang ini adalah perbuatan ibu Mira. Faiz juga menyelamatkan Fatin daripada sebarang gangguan. Namun semua ini tidak kekal lama apabila Hairi dibawa berjumpa Ustaz Dauz. Betapa kecewa hatinya apabila mengetahui yang isterinya telah melakukan perbuatan terkutuk kepada dirinya. Hairi bersemuka dengan Mira untuk meminta penjelasan, namun selepas kemalangan terjadi, Mira berubah. Apa yang akan berlaku kepada Mira? Dapatkah Hairi memaafkan Mira? Saksikan Nasi Tangas.