Kasut Ku Kusut

iflix

Kasut Ku Kusut

  • G
  • 2014
  • 83mins
Kasut Ku Kusut mengisahkan tentang Manap, orang kampung yang telah putus hubungan dengan teman wanitanya, Ika, rakan baik Hamid. Markos, ahli kumpulan Father Dragon bersama anak buahnya, Wan Tungau, Rashid Sibir dan Grow dalam perjalanan untuk menghantar Suzi, gadis yang diculik kepada Father Dragon. Ketika dalam perjalanan pulang, mereka sesat di sebuah kampung. Dengan kebijaksanaan Suzi dan kedunguan anak buah Markos, Suzi memberi alasan untuk membuang air dan berjaya melarikan diri. Suzi menemui Manap, yang ketika itu sedang berang apabila kasutnya yang baru dibeli telah dicuri oleh orang kampung. Kasut itu merupakan kasut idamannya dan dia berusaha keras untuk membelinya. Namun ia dicuri ketika dia menghadiri majlis perkahwinan Ika. Pertemuan Suzi dan Manap telah menyelamatkan Suzi. Geng Markos akhirnya berjaya mengetahui di mana Suzi berada dan dengan siapa dia bersama. Ketika mereka bertembung, Manap melihat Markos memakai kasut yang sama dengan kasutnya yang dicuri. Manap terus menuduh Markos mencuri kasutnya tapi pada masa yang sama, Manap melindungi Suzi dan tidak mahu melepaskannya. Jadi, Markos perlu mencari jalan untuk menjejaki Manap dan Suzi.GenresComedyStarringShaheizy SamAtikah SuhaimePablo AmirulAlong EzendyDirectorPierre Andre