Laki-Laki

iflix

Laki-Laki

  • PG
  • 2013
  • 76mins
Lima jejaka, sebuah program, sebuah pulau terbiar. Itu saja yang diperlukan untuk mengubah lima jejaka berbeza menjadi kawan baik selamanya. Razak, Abu, Azman, Samad dan Jerry mempunyai latar belakang yang berbeza, namun apa yang menghubungkan mereka semua adalah satu masalah yang sama iaitu kemurungan dan ia membawa mereka menyertai sebuah program. Razak merupakan kartunis yang menganggur selepas syarikatnya bankrap dan dia masih tinggal bersama emaknya. Abu pula merupakan cef handal yang telah mengalami kerugian dan kekasihnya dirampas kawan baiknya. Azman pula bekas pemain bola sepak terkenal yang telah disingkirkan akibat masalah disiplin. Samad pula seorang pengarah yang "syok sendiri" hingga menyebabkan filemnya gagal di pawagam. Akhir sekali, Jerry, merupakan seorang penyanyi yang menganggap dia boleh bergerak solo dan meninggalkan kumpulannya, Ribut. Namun, semuanya rancangannya gagal. Kemurungan mereka berlima digabungkan dengan keazaman mereka yang kuat, mereka mendaftar dalam sebuah kem motivasi untuk membantu meningkatkan keyakinan mereka dalam hidup. Namun, tragedi berlaku dan mereka terdampar di sebuah pulau terpencil dengan berbekalkan semangat mereka untuk terus hidup. Sejak itu, mereka belajar erti persahabatan sebenar dan kepentingan untuk hidup. Mereka telah berubah dan saling bergantung demi meneruskan hidup. Dapatkah mereka diselamatkan? Saksikan filem Laki-Laki yang mengujakan ini.GenresComedyStarringAngah Raja LawakAdey SyafrienZul SuphianMie Raja LawakDirectorAhmad Rusli Khadri