Volkswagen Kuning

iflix
Volkswagen Kuning

Volkswagen Kuning

  • PG-13
  • 2016
  • 78mins
StarringPekin IbrahimAtikah SuhaimeKamal MyAida OthmanAzman Hassanfatin AffefaDirectorShadan HashimKisah bermula apabila Kathy dan Fuad yang sudah bertunang pulang ke kampung mereka. Malangnya, mereka sesat ketika sedang mencari kedai makan. Ketika mencari jalan pulang, mereka mula diganggu oleh sesuatu dan mereka terlibat dalam kemalangan disebabkan oleh sebuah kereta Volkswagen berwarna kuning. Fuad cedera ringan manakala Kathy tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Kathy menjemput Kathy untuk pulang ke bandar tapi tidak disangka, Kathy membawa sesuatu pulang bersamanya. Pak Supaat, rakan baik kepada keluarga Fuad mula menyiasat punca gangguan dan kemalangan yang terjadi kepada Fuad. Namun penyiasatan Pak Supaat telah membongkar kisah lampau tentang apa sebenarnya terjadi di kampung itu. Pada masa dulu, ayah Kathy, Salleh terlibat dalam satu skandal dan menyebabkan dia membunuh Halim, hartawan kampung itu. Mayat Halim dimasukkan ke dalam kereta Volkswagen kuning miliknya dan ditolak ke dalam sungai. Ia menyebabkan roh Halim mengganggu lebuh raya itu. Raudhah yang selama ini mengunci mulutnya mahu menanggung semua kesalahan dan tidak mahu adiknya tahu tentang pembunuh itu demi menebus kembali kesalahannya.