Wawa Semput

iflix

Wawa Semput

  • G
  • 2013
  • 86mins
Kita merasakan kisah cinta antara Wawa dan Bobby berakhir dalam filem Adnan Sempit, tapi sebenarnya ia baru bermula. Kisah bermula dengan konflik antara Wawa dan Bobby yang tidak berpenghujung dan akhirnya menyebabkan Wawa terpaksa buat sesuatu. Bobby menuduh Wawa curang dengan Ismat dan ini menyebabkan Wawa memutuskan hubungan mereka. Di sinilah Ismat menjalankan tugasnya untuk merebut hati Wawa. Bobby tergamam dan berazam untuk mendapatkan Wawa semula. Wawa pulang ke kampung dan dia terkejut apabila Bobby juga berada di sana. Ismat dan Bobby bergelut untuk mendapatkan perhatian Wawa dan menyebabkan Wawa berasa rimas. Pak Kudin, ayah Wawa lebih menyukai Ismat kerana masa depannya lebih cerah berbanding Bobby. Tapi Pak Kudin tahu yang Wawa masih sayangkan Bobby. Dia membiarkan Wawa membuat keputusan. Secara kebetulan, rakan baik Wawa, Ayuni telah jatuh cinta kepada Ismat kerana wajahnya seiras dengan bekas kekasihnya. Dia cuba memikat Ismat, namun Ismat mahu mengalahkan Booby dan mengambil Wawa sebagai isterinya. Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk memutuskan hubungan Wawa dan Ismat. Oleh itu, Bobby dan Ayuni merancang sesuatu! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni dan Bobby untuk memastikan hubungan Wawa dan Ismat tidak berpanjangan? Masihkah ada peluang untuk Bobby? Semua ini akan diketahui dalam filem komedi aksi Wawa Semput.GenresComedyStarringAngah Raja LawakYana SamsudinAlong Raja LawakDirectorIsmail 'Bob' Hashim