Lu Gua Bro

iflix
Lu Gua Bro

Lu Gua Bro

  • G
  • 2014
  • 87mins
StarringZalif SidekEpy Raja LawakNina IskandarDirectorIsmail 'Bob' HashimLu, Gua Bro! mengisahkan tentang perjalanan suka duka kehidupan dua rakan baik, Yu dan Mi yang datang dari kampung yang sama dan lahir pada hari yang sama. Sejak zaman persekolahan, remaja hingga dewasa, mereka kekal bersama tak kira apa yang berlaku. Impian mereka mahu menjadi anggota polis, dan ayah mereka juga mahu mereka menjadi polis. Cerita bermula ketika Yu berjumpa dengan Mi di kilang penapisan, tempat Mi bekerja sebagai pengawal keselamatan setelah setahun tidak bertemu. Yu mengajak Mi bekerja di bandar dan meninggalkan kampung. Yu yang melarikan diri daripada pengedar telah berjumpa Mi di kilang tersebut. Rupa-rupanya, kilang itu menjalankan sindiket penyeludupan dadah. Yu dan Mi cuba untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis, tapi dihalang oleh pengedar dadah. Pergelutan telah menyebabkan mereka melarikan diri ke tingkat atas kilang untuk menyelamatkan diri. Ketika melarikan diri, kaki Yu tergelincir dan hampir terjatuh tetapi berjaya diselamatkan Mi. Yu hampir berputus asa tetapi Mi telah memberikan kata-kata semangat serta menceritakan semula kisah lama mereka tentang bagaimana mereka bersemangat untuk menempuhi cabaran mendatang. Itulah kisah dua sahabat ini daripada kecil sehinggalah kini. Akhirnya mereka berjaya menemui dua orang anggota polis, dan salah seorangnya adalah Eve, rakan sekelas mereka. Pihak polis berterima kasih kepada mereka berdua kerana membantu menumpaskan sindiket dadah di kilang itu dan menawarkan jawatan polis bantuan.