Adnan Sempit Sawadikap

iflix
Adnan Sempit Sawadikap

Adnan Sempit Sawadikap

  • PG
  • 2014
  • 78mins
StarringShaheizy SamAlong ChamIntan LadyanaYana SamsudinDirectorIsmail 'Bob' Hashim"Adnan, Bobby, Nadia dan Wawa bercuti di Bangkok sambil menguruskan hal perniagaan di sana. Malangnya, Nadia dan Wawa kehilangan pasport mereka. Disebabkan itu, Adnan dan Bobby terpaksa pergi ke Bangkok dengan membawa bayi Adnan. Nadia dan Wawa pula terpaksa tinggal di Kuala Lumpur bersama bayi Bobby. Sebenarnya ia telah dirancang oleh Nadia yang mahu meluangkan masa bersendirian di Kuala Lumpur. Bobby pula menyembunyikan pasport Wawa kerana dia mahu bebas di bandar Bangkok. Ketika mereka tiba di Bangkok, rancangan mereka bertukar tragedi. Disebabkan kesilapan sendiri, Adnan kehilangan bayinya di lapangan terbang. Adnan merasakan yang bayinya diculik oleh sebuah sindiket. Mereka ternampak seorang bayi di pangkuan seorang wanita bernama Nok. Adnan yakin yang itu adalah bayinya dan cuba menangkap Nok. Mereka juga dikejar oleh sekumpulan samseng, namun mereka dibantu oleh Mael Lambong. Dapatkah Adnan menemui bayinya yang hilang? Siapakah Mael Lambong dalam kisah ini dan apakah yang dia mahukan dengan Adnan?"