Glorifying Love

iflix
Glorifying Love

Glorifying Love

  • G
  • 2014
  • 72mins
StarringEmily ChanLawrence WongDirectorLai Kim Koon"Filem ini mengisahkan Xing Zai, seorang jejaka yang tinggal di sebuah kampung kecil. Sejak kecil, dia sering membantu ayahnya turun ke laut untuk menangkap ikan. Si Gemuk, Si Pendek dan Si Tinggi merupakan kawan baik Xing Zai. Mereka sentiasa bersamanya tak kira apa yang berlaku. QianQian, seorang gadis bandar yang mempunyai gaya tersendiri datang ke kampung itu untuk bercuti. Disebabkan dia terpesona dengan keindahan kampung tersebut, dia mengambil keputusan untuk tinggal di situ selamanya. Perbezaan suasana di kampung telah mewujudkan suatu perasaan baru yang tak dapat diungkapkan. Malah ia menambah keinginannya untuk terus menetap di situ. Selepas beberapa hari tinggal di kampung itu, kelakuan QianQian telah menarik perhatian para penduduk kampung. QianQian menyewa bilik yang berhampiran dengan rumah Xing Zai. Dari situ, bermulalah persahabatan mereka. Pada awalnya, Xing Zai tidak menyukai QianQian kerana dia sering menyusahkannya. Namun, lama-kelamaan, Xing Zai dan rakan-rakannya mula menerima kehadiran QianQian. Mereka sering menghabiskan masa bersama meneroka kampung itu dengan menaiki motosikal. Sejak itu, QianQian berasa sangat bebas kerana dia tak pernah berasa sebegitu. Dalam pada itu, kampung itu dikejutkan dengan kehadiran dua orang luar yang ingin membawa QianQian pulang. Keadaan bertambah buruk apabila orang kampung cuba menyelamatkan QianQian sehingga akhirnya, rahsia QianQian terbongkar. QianQian sebenarnya lari dari rumah kerana keluarganya memberi tekanan kepadanya sejak dia kanak-kanak. Keesokan harinya, ibu bapa QianQian datang ke rumah Xing Zai dengan harapan mereka dapat memujuk QianQian untuk pulang. Xing Zai hanya menuruti kehendak ibu bapa QianQian, tetapi QianQian kecewa dengan Xing Zai kerana tidak memahaminya."