Busut Bonang

iflix

Busut Bonang

  • PG-13
  • 2019
  • 78mins
Drama seram komedi ini mengisahkan keluarga seorang guru yang terpaksa mewarisi saka Busut Bonang, Terdapat syarat saka tersebut untuk menjaga keluarga dan keselamatan kampung Bonang iaitu mestilah dijamu dan dipuja pada setiap tahun dikawasan Busut tersebut di dalam hutan. Guru yang mewarisi saka tersebut engkar dengan syarat tersebut dan beliau mendapat kecelakaan dan mati di kawasan Busut. Ini menjadikan penduduk kampung berada didalam ketakutan akibat peristiwa kematian guru tersebut. Semasa hayatnya guru tersebut telah menghantar anak perempuannya belajar ke luar negara dengan harapan agar saka tersebut tidak boleh di warisi oleh anaknya. Kepulangan anaknya dikampung mewujudkan banyak perkara misteri berlaku, Seperti gangguan orang halus, nampak hantu menyerupai semati berkeliaran dan ramai orang kampung yang telah dirasuk makhluk halus. Untuk memusnahkan saka yang berkeliaran tanpa tuan di kampung, Maka anak guru tersebut dan rakan-rakanya bertindak dengan menggunakan kaedah meletupkan Busut tersebut dengan bom, Tindakan tersebut berjaya dan saka Busut Bonang dapat dihapuskan. Setelah saka tersebut mati maka amanlah semula kampung tersebut.GenresHorrorComedyStarringNadzmi AdhwaJasper SupayahRopieAlong EyzendySahronizamHaiti SafwanAbby NadzriRashidah JaafarAloy ParadoksBard KerdilDirectorKhalid Nadzri