iflix
iflix
00:00

Subtitles

Off

Audio

English
Jangan Ambil Nyawa Aku

Jangan Ambil Nyawa Aku

  • PG-13
  • 2014
  • 85mins
SubtitlesMalayStarringIqram DinzlyShima AnuarAdiba YunusRahim R2Mengisahkan tentang Malique, seorang pemilik bundle bersama rakan baiknya, Fikri, yang sering sibuk dan mengetepikan ayahnya, Kamarul dan adik perempuannya Fiza di kampung. Malique seorang lelaki yang agak sosial. Kaki club, kaki perempuan dan dia mempunyai seorang teman wanita bernama Suzi yang telah hamil anaknya namun tidak percaya yang itu adalah anaknya. Cerita bermula apabila Malique sering keguguran rambut dan rakannya Fikri memberitahu mungkin Malique mempunyai Leukimia sebab basic orang kurang tahu, bila rambut gugur je, mereka ada penyakit leukimia. Dengan rasa takut, dia akhirnya pergi mendapatkan rawatan doktor. Doktor mengesahkan Malique hanya mengamali keguguran rambut dan masalah kulit kepala kering namun Malique tersalah dengar rumors doktor mengatakan tentang penyakit Leukimia terhadap pesakit lain. Oleh kerana dia paranoid dengan penyakit leukimia, dan rakannya juga bercakap tentang leukimia, doktor juga bercakap benda yang sama, dia panik dan paranoid. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk berubah jadi lebih baik sebelum mati. Dia jual syer nya di bundle, sedekah beras dan pakaiannya ke anak yatim, tinggalkan rumah dan sebagainya dan kini lebih dekat dengan tuhan, sering berdoa supaya matinya dalam aman. Dia juga kini meminta maaf kepada abah dan adiknya kerana perilakunya sebelum ini. 6 bulan sudah berlalu, secara kebetulan Malique kemalangan kecil dan mendapat rawatan di klinik sama dia mengambil rawatan leukimia. Doktor mengesahkan dia tidak ada leukimia, dia Cuma salah dengar. Pesakit leukimia ituadalah orang lain. Malique terkejut, dengan slaah dengarnya itu, dia sudah hilang segala harta bendanya namun dia menjadi seorang yang budiman.