iflix
premium
Anak

Anak

  • PG-13
  • 2008
  • 86mins
SubtitlesMalayStarringErra FaziraIda NerinaRusdi RamliEsma DanielAzizah MahzanSobri AnuarAmrul HishamDirectorBarney LeeNita dan Kay memulakan hidup baru mereka di bandar. Nita ialah seorang gadis jelita yang merasakan tiada lagi yang tinggal untuknya di dunia ini. Manakala Kay merupakan seorang peragawan terkemuka yang dikatakan wanita tercantik di Malaysia. Dia sekarang berada di kemuncak kerjaya beliau. Di rumah baru inilah, Nita mula diganggu oleh seorang budak kecil 5 tahun. Nita memberitahu Kay mengenai segala yang dia nampak didalam rumah itu tetapi sukar untuk diterima Kay. Nita mula meragui dirinya sendiri dan dipujuk oleh Kay supaya berjumpa dengan seorang pakar psikologi. Kay pula juga mula risau apabila dapat tahu Mak Mek telah meninggal dunia. Di pengebumian Mak Mek, Kay bertambah lagi terkejut apabila dapati bahawa Mak Mek mempunyai adik kembar Mak Mah. Di pengebumian itu, Mak Mah mengarahkan Kay memberhentikan segala yang diamalkannya sebelum terlambat. Sementara itu, Nita mula berjumpa dengan seorang pakar psikologi di mana dalam sesi mereka berdua Nita dibawa kepada kejadiaan keguguran anak beliau 6 bulan lalu. Nita telah dirogol oleh 3 orang lelaki. Setelah diketahui perkara ini oleh Kay, dia menyuruh Nita menggugurkan anak tersebut. Proses pengguguran itu berjaya dilakukan tetapi ia menyebabkan Nita tidak boleh mempunyai anak selepas itu. Semakin banyak kejadian pelik berlaku dengan kemunculan budak kecil itu. Hidup mereka semakin diganggu dan tidak tenteram. Apakah kaitan budak itu dengan kehidupan mereka? Kenapa mereka diganggu?