We're not available in your region. Feel free to have a look around though.
iflix
iflix
00:00

Subtitles

Off

Audio

English
Player
Adnan Sempit 3

Adnan Sempit 3

  • PG-13
  • 2013
  • 75mins
SubtitlesMalayStarringIntan LadyanaYana SamsudinAlong Raja LawakAngah Raja LawakShaheizy SamDirectorIsmail Bob HashimKisah cinta penuh ranjau antara pasangan Adnan (Shaheizy Sam), Nadia (Intan Ladyana), Bobby (Along Cham) dan Wawa (Yana Samsudin) akhirnya bertemu jalan indah, apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing-masing. Pelbagai persediaan yang telah mereka lakukan untuk menjadikan malam pertama mereka berjalan dengan lancar, bermacam-macam cara dan petua yang digunakan oleh mereka sehingga menimbulkan kelucuan. Masalah mulai berlaku apabila Nadia dan Wawa sama-sama didapati mengandung. Sehubungan itu, Adnan turut mengalami alahan yang teruk akibat kehamilan isterinya. Sementara itu, Bobby pula menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos isterinya bersalin. Nadia yang asyik ‘moody’ dan baran sepanjang tempoh mengandung juga turut menjejaskan hubungannya dengan Adnan, yang merasakan dirinya terpinggir. Masalah mulai bertambah besar apabila Adnan dihantar ke Melaka bagi pihak bapa mertuanya, untuk menguruskan kerja-kerja pra-pelaburan yang berkaitan dengan pengeluaran mee segera bapa mertuanya dengan sebuah kilang. Di kilang yang sama, Adnan telah berkenalan dengan Zita, seorang gadis yang mempunyai minat yang sama dalam sukan permotoran. Kerana masalah yang dihadapi ditambah pula dengan rasa kesunyian, Adnan banyak meluangkan dan menghabiskan masanya dengan Zita. Perhubungan mereka akhirnya telah disalah sangka oleh Nadia, sehingga menyebabkan hubungan mereka mungkin akan berakhir begitu sahaja. Nasib malang yang sama juga turut menimpa Bobby, apabila dia terpaksa mengingkari janjinya pada Wawa dan melibatkan dirinya dalam perlumbaan haram untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatan isterinya. Apabila perbuatan itu telah diketahui Wawa, dia turut memberikan kata putus untuk berpisah dengannya. Bagaimanakah nasib mereka semua? Semuanya bakal terjawab dalam Adnan Sempit 3.