iflix
iflix
00:00

Subtitles

Off

Audio

English
Paku Pontianak

Paku Pontianak

  • PG-13
  • 2013
  • 80mins
StarringPekin IbrahimUqasha SenroseHidayah SamsudinAlong EyzendyDirectorIsmail Bob HashimSelepas insiden Adam melanggar seorang gadis bernama Melati dengan keretanya, Adam dan keluarganya telah mengambil keputusan untuk menjaga Melati. Melati tersedar dari kemalangan tersebut sehari selepas kejadian itu dan tidak boleh mengingati apa2 pun melainkan nama beliau. Seri rasa terancam dengan kehadiran Melati kerana Seri selalu mengimpikan untuk menjadikan Adam sebagai suaminya. Setahun sudah berlalu, Melati masih tidak teringat apa2 pun tentang dirinya dan masih lagi tinggal bersama keluarga Adam. Fatima ibu kepada Adam telah mengambil keputusan untuk menyuruh Adam untuk berkahwin dengan Melati bagi mengelakkan orang mengata tentang keluarga mereka. Adam dan Melati pada ketika itu yang sudah saling menyimpan perasaan di antara satu sama lain, bersetuju dengan cadangan Fatima. Perkahwinan mereka telah menyebabkan Seri sangat kecewa dan berdendam, Seri bersumpah yang dia akan melakukan segalanya untuk merosakkan serta mengucar-kacirkan hidup Melati. Semenjak dari itu, perkahwinan Adam dan Melati bermasalah. Melati sering sakit dan dia selalu menjerit dan terkena histeria. Pak Leh, pakcik kepada Adam mula merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Melati. Pak Leh juga seolah2 telah dapat mengetahui apakah punca permasalahan antara Adam dan Melati yang sebenarnya. Satu hari, Adam terasa seperti ada satu bonjolan kecil di belakang leher Melati. Adam menyangka Seri adalah dalang di sebalik perkara itu tetapi Pak Leh menyatakan bahawa Melati sebenarnya adalah seorang PONTIANAK!!! Adakah Melati betul2 seorang PONTIANAK?? Atau adakah ianya disebabkan oleh Seri? Apa yang akan terjadi pada Adam?