00:00

Subtitles

Off

Audio

English
Adnan Sempit

Adnan Sempit

  • PG
  • 2010
  • 85mins
StarringShaheizy SamCat FarishIntan LadyanaDirectorAhmad IdhamAdnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya, Nadia yang dilahirkan dalam keluarga mewah dan stabil dalam kerjayanya. Nadia sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa. Wawa adalah teman wanita kepada Bobby dan juga menjadi sahabat pada Adnan. Semasa di "reunion" Nadia memperkenalkan Adnan sebagai teman lelakinya yang secara kebetulan lalu di hadapan mereka. Sejak peristiwa itu, Nadia mula menyimpan perasaaan pada Adnan.