00:00

Subtitles

Off

Audio

English
Nur

Nur

  • TV-G
  • 2018
  • 1 Season
SubtitlesMandarin (Simplified)EnglishMalayStarringSyafiq KyleAmyra RosliRiena DianaDatuk Jalaludin HassanFatimah Abu Bakar
Ini kisah seorang penceramah agama yang bercinta dengan seorang "gadis lorong". Percintaan terlarang mereka ditentang oleh keluarga si penceramah. Mampukah pasangan itu menempuhi dugaan yang bakal menanti?...
Season 1

19 Episodes
Episode 1
1. Episode 1
 
Ustaz Adam yang muda dan terkenal menerima satu soalan daripada seorang jemaah misteri sejurus selepas salah satu kuliah petang-nya di masjid. Adam tertarik dengan soalan tersebut dan ingin tahu siapakah pengirimnya....
Episode 2
2. Episode 2
 
Terpisah daripada cinta, pendidikan dan ilmu agama, Nur melarikan diri daripada kehidupan di lorong untuk mendalami ajaran Islam dengan mencuri dengar kuliah petang Ustaz Adam....
Episode 3
3. Episode 3
 
Adam menyusuri "Jalan Belakang Mati" yang terkenal dengan dadah dan pelacuran dengan harapan untuk mencari jemaah misteri tersebut....
Episode 4
4. Episode 4
 
Adam menyelinap ke lorong gelap untuk mencari jemaah misteri tersebut. Kemudiannya, video kehadiran Adam di lorong gelap itu tular....
Episode 5
5. Episode 5
 
Adam memuat naik video-nya sendiri untuk menjelaskan kenapa dia berada di lorong gelap yang mencurigakan itu....
Episode 6
6. Episode 6
 
Dengan niat untuk mendekati mereka yang kurang bernasib baik, Adam merakamkan lawatannya ke "Jalan Belakang Mati". Di situlah di mana dia ternampak kelibat Nur....
Episode 7
7. Episode 7
 
Adam nekad untuk berjumpa Nur dan menjelaskan niat untuk membantunya mencari jalan keluar dari hidup yang dipenuhi oleh maksiat. Mereka bersemuka apabila Nur mengunjungi masjid....
Episode 8
8. Episode 8
 
Ketika Nur sedang mendalami ajaran Islam, perasaan Adam terhadapnya mula berputik....
Episode 9
9. Episode 9
 
Ketika Adam dan Nur semakin rapat, Nur mula menghargai ajaran Islam. Perubahan dalam diri Nur dapat dihidu oleh ibunya dan juga bapa ayamnya, Marzuki, yang tidak senang dengannya....
Episode 10
10. Episode 10
 
Marzuki mengugut Adam untuk mendedahkan identiti sebenarnya. Kakak Adam pula teruja untuk melihat adiknya berkahwin dengan gadis pilihan kedua oranng tuanya....
Episode 11
11. Episode 11
 
Adam seakan-akan berat hati untuk berkahwin dengan Qhadeeja, dan hal itu disedari oleh bapanya. Qhadeeja mula curiga akan kisah silam Nur....
Episode 12
12. Episode 12
 
Adam menerima restu dari Ayah Haji untuk berkahwin dengan Nur. Kakaknya, Aishah dan ibunya pula, menentang sekeras-kerasnya penyatuan mereka....
Episode 13
13. Episode 13
 
Kehadiran Syed Hamidi, suami kepada Aishah, di rumah pelacuran tempat ibu Nur bekerja bakal terbongkar dengan ketibaan Nur di rumah keluarga Mohsen....
Episode 14
14. Episode 14
 
Sifat penunggang agama Syed Hamidi semakin menyerlah. Dia menggunakan pelbagai helah untuk meyakinkan isterinya untuk merahsiakan perkara sebenar....
Episode 15
15. Episode 15
 
Khabar angin tentang Nur terlalu sukar untuk diendahkan oleh Aishah. Semua program TV Ayah Haji telah dibatalkan gara-gara kontroversi tersebut....
Episode 16
16. Episode 16
 
Ibu Hajar terpaksa menutup mulutnya apabila reputasi keluarganya tercemar disebabkan oleh perkahwinan Adam dan Nur. Dia ingin mengetahui kebenarannya dari Nur....
Episode 17
17. Episode 17
 
Hubungan Adam dan Nur goyah gara-gara desakan dari media. Qhadeeja menjalankan penyiasatan secara rahsia terhadap penyalahgunaan dana tahfiz itu....
Episode 18
18. Episode 18
 
Qhadeeja telah mengenal pasti punca kepada masalah kewangan tahfiz tersebut. Nur mencadangkan supaya Adam berkahwin dengan Qhadeja....
Episode 19
19. Episode 19
 
Keluarga mereka menjadi kucar-kacir apabila Adam memutuskan untuk menceraikan Nur secara tiba-tiba....