00:00

Subtitles

Off

Audio

English
Semua Salahku

Semua Salahku

  • TV-G
  • 2019
  • 1 Season
SubtitlesMalayStarringFasha SandhaNafiz MuazEyra HazaliHarris AlifDayang AreedaNafiez ZaidiFauziah NawiZaidi OmarDirectorAlong Kamaludin
Semua Salahku mengisahkan Sofea (Fasha Sandha), seorang anak yang derhaka pada ibunya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anaknya iaitu Harris (Nafiz Muaz ). Apakah kesudahan yang akan terjadi dalam keluarga ini?...
Season 1

13 Episodes
Semua Salahku Episode 1
1. Semua Salahku Episode 1
 
Haris hairan maknya makin kerap keluar waktu malam dan tak makan bersama dia dan nenek. Satu malam, Haris ternampak maknya berdating dengan Iqbal. Selepas kahwin, Sofea lebih fokus kepada Iqbal lalu Haris kecewa dia terabai. Sofea pujuk Haris, minta hormatkan Iqbal walaupun bapak tiri. Haris minta maknya jangan terlalu terpengaruh dengan Iqbal. Sofea serba-salah. Haris cuba bagitahu maknya yang dia nampak Iqbal dengan perempuan lain. Tapi Sofea tak percaya....
Semua Salahku Episode 2
2. Semua Salahku Episode 2
 
Sofea bergegas ke hospital dengan cemas. Ali sudah menanti dengan muka sedih. Haris juga sudah ada di situ tapi wajah tiada perasaan. Ali gelengkan kepala, isyarat Iqbal tak dapat diselamatkan. Sofea meraung terduduk. Haris tengok saja maknya....
Semua Salahku Episode 3
3. Semua Salahku Episode 3
 
Sofea luahkan kepada Murni yang dia sudah penat cari duit sendiri. Dia mahu cari suami kaya, sebab itu dia kena pasang badan....
Semua Salahku Episode 4
4. Semua Salahku Episode 4
 
2 hari Fatimah di hospital, Sofea langsung tak menjenguk. Haris kecewa dengan sikap ibunya lalu pergi jalan kaki ke hospital. Haris simpan duit belanja sekolahnya untuk beli lauk sedap dan menyuap neneknya....
Semua Salahku Episode 5
5. Semua Salahku Episode 5
 
Haris hampir dibelasah di luar kelab, mujur Shila nampak Mira lalu bawa Mira lari dari situ. Mira suruh Shila berhenti kerja itu kerana bahaya dan tak bermaruah....
Semua Salahku Episode 6
6. Semua Salahku Episode 6
 
Haris dilanggar motor. Haris bernasib baik hanya kena sikit ke badannya and Haris terjatuh kerana terkejut. Rupanya motor itu ditunggang oleh Naim. Naim tanya apa masalah Haris sampai macam nak bunuh diri. Haris yang bengang terus larikan diri. Imran ceritakan kisah Haris yang selalu pokai. Naim senyum, peluangnya untuk gunakan budak terdesak begitu amat ditunggu-tunggu....
Semua Salahku Episode 7
7. Semua Salahku Episode 7
 
Rosli dan Sofea makin kerap berdating. Adakalanya Rosli makan bersama dan makin kerap membiarkan Sofea makan percuma di kafenya. Sofea makin seronok, impiannya untuk berkahwin dengan orang kaya, mungkin akan tercapai....
Semua Salahku Episode 8
8. Semua Salahku Episode 8
 
Haris pergi ke kafe Rosli, dia nak jumpa maknya tapi maknya sudah berada dalam kereta Rosli. Haris mengintip. Sofea nyanyi lagu birthday dan bagi hadiah jam tangan kepada Rosli. Haris kecewa gila lalu telefon Naim kata setuju untuk tolong Naim. Haris diajar untuk mencuri sebiji motor oleh Naim. Haris takut-takut tapi Naim tenangkan kerana lorong itu sunyi dan boleh berjaya dengan mudah....
Semua Salahku Episode 9
9. Semua Salahku Episode 9
 
Haris yang masih tak dapat lupa maknya bagi hadiah pada Rosli, mencuri-curi tengok handphone maknya. Dia cuba tengok mesej-mesej mamanya pada Rosli. Ada gambar mereka berkaraoke. Hati Haris makin sakit....
Semua Salahku Episode 10
10. Semua Salahku Episode 10
 
Sofea diberi cincin pertunangan sesama mereka saja oleh Rosli. Sofea tunjukkan cincin emas itu kepada Murni. Murni tumpang bahagia tapi nasihatkan supaya Sofea siasat dulu dan lebih lagi tentang Rosli. Sofea tak peduli, dia sudah jatuh cinta pada Rosli. Ketika itu Yanti datang dan beri amaran yang Rosli tak akan kahwin dengan perempuan lain selain dia. Mereka sudah rancang untuk rujuk semula demi anak-anak. Sofea terkejut....
Semua Salahku Episode 11
11. Semua Salahku Episode 11
 
Naim terkejut tengok Shila yang lebam dan luka. Mira cakap Shila kena pukul dengan klien besarnya itu. Naim janji akan balas dendam tapi Shila suruh Naim jangan libatkan diri. Dia boleh handle sendiri. Naim pergi jumpa taiko dadah dan mahu jadi pengedar untuk dapat duit lebih....
Semua Salahku Episode 12
12. Semua Salahku Episode 12
 
Shila merayu kepada klien besarnya agar lepaskan Naim. Klien besarnya setuju dengan syarat malam itu Shila harus melayannya. Shila terpaksa akur. Naim terlantar atas jalan teruk dibelasah. Haris bawa Naim ke hospital....
Semua Salahku Episode 13
13. Semua Salahku Episode 13
 
Sofea terkejut apabila menerima panggilan dari balai polis yang Haris ditahan atas kesalahan pecah rumah. Hanya tangisan menyesali tindakannya meminggirkan anaknya yang sangat perlukan kasih sayang dan perhatian darinya. Haris ditahan reman....