00:00

Subtitles

Off

Audio

English
Mimpi Sabrina

Mimpi Sabrina

  • TV-G
  • 2019
  • 1 Season
SubtitlesMalayStarringJuliana EvansErwin DawsonJosiah HoganTasha ShillaAmy MasturaRoy AzmanAko MustaphaMarisa YasminHamidah WahabDirectorNizam Zakaria
Mimpi Sabrina mengisahkan percintaan antara dua darjat iaitu antara Sabrina (Juliana Evans) anak seorang hartawan yang memiliki perniagaan perhotelan dengan Fahrin (Erwin Dawson), seorang budak kampung. Namun cinta mereka terputus dipertengahan jalan, setelah Fahrin difitnah dan dipenjarakan atas tuduhan merompak. Demi selamatkan perniagaan ayahnya, Sabrina dinikahkan dengan Ridzuan (Josiah Hogan), anak angkat kepada pakcik saudaranya. Setelah tujuh tahun telah berlalu, cinta yang berkubur itu hidup mekar semula apabila tanpa sengaja Fahrin dan Sabrina bertemu semula dalam suasana yang cukup berbeza....
Season 1

17 Episodes
Mimpi Sabrina Episode 1
1. Mimpi Sabrina Episode 1
 
Kehadiran Sabrina, seorang gadis remaja yang cantik telah membuat Lan, budak nakal, jadi kecoh satu kampung. Lan beritahu kawan baiknya, Cat, dan Fahrin (yang juga merupakan anak Kak Su) tentang Sabrina. Fahrin beriya-iya mahu melihat Sabrina. Pada satu malam, Fahrin telah selinap masuk ke rumah Mustafa dan terserempak dengan Sabrina. Fahrin terpukau seketika melihat kecantikan Sabrina yang sedang melihat gambar potret arwah ibunya....
Mimpi Sabrina Episode 2
2. Mimpi Sabrina Episode 2
 
Sabrina curi keluar dari rumah untuk bersiar-siar. Salleh sedar Sabrina curi keluar dan terus menjejakinya. Ketika dikejar Salleh, Sabrina terserempak dengan Fahrin lalu meminta bantuan Fahrin sembunyikan dirinya....
Mimpi Sabrina Episode 3
3. Mimpi Sabrina Episode 3
 
Ridzuan melayan Sabrina dengan penuh baik dan gentleman. Dia sering bawa Sabrina bersiar-siar di tempat yang romantik, mewah dan bergaya. Ridzuan bertambah rapat dengan Sabrina sehingga membuat Farah, kekasih sulit Ridzuan, rasa terabai....
Mimpi Sabrina Episode 4
4. Mimpi Sabrina Episode 4
 
Farah bersemuka dengan Ridzuan tentang Sabrina. Ridzuan tipu pada Farah bahawa dia tidak ada hati pada Sabrina. Ridzuan lakukan semua itu kerana ikut arahan ayahnya yang sebenarnya mahu menguasi syarikat Kayangan Holdings milik keluarga mereka....
Mimpi Sabrina Episode 5
5. Mimpi Sabrina Episode 5
 
Fahrin mengaku dia suka pada Sabrina sejak pertama kali melihatnya dahulu. Sabrina mengaku dia suka pada Fahrin tetapi masih belum bersedia untuk menyintainya. Fahrin berjanji akan tunggu Sabrina sehingga dia bersedia. Sebagai bukti cintanya itu, dia akan tunggu di luar tingkap bilik Sabrina setiap malam selepas dia selesai kerja demi menantikan jawapan Sabrina....
Mimpi Sabrina Episode 6
6. Mimpi Sabrina Episode 6
 
Mustafa mahu segerakan perkahwinan dalam masa sebulan tetapi Sabrina tidak setuju. Sabrina tetap mahu teruskan pengajiannya di Perancis. Mustafa marah dan paksa Sabrina untuk ikut arahannya. Sabrina beritahu Mustafa yang hatinya sudah dimiliki seseorang!...
Mimpi Sabrina Episode 7
7. Mimpi Sabrina Episode 7
 
Salleh sengaja biarkan Sabrina bertemu dengan Fahrin tanpa pengawasannya. Salleh intip dari jauh dan ketika itulah dia sedar hubungan intim mereka berdua. Salleh terus hubungi Mustafa dan maklumkan perkara itu....
Mimpi Sabrina Episode 8
8. Mimpi Sabrina Episode 8
 
Sabrina resah bila dapat tahu Fahrin dimasukkan ke dalam wad hospital. Namun dia dilarang melawat atas alasan keselamatan. Sabrina hanya mampu hubungi Fahrin melalui telefon saja. Ketika semua orang beredar, Lan telah datang dan beritahu bahawa, Fahrin, sebenarnya hampir-hampir saja dibunuh!...
Mimpi Sabrina Episode 9
9. Mimpi Sabrina Episode 9
 
Sabrina rimas dikawal rapi oleh pengawal. Mustafa kata itu adalah untuk keselamatannya. Sabrina cuba selinap keluar untuk berjumpa dengan Fahrin. Tetapi Salleh dapat tahu dan halang Sabrina lalu dibawa semula ke Mustafa....
Mimpi Sabrina Episode 10
10. Mimpi Sabrina Episode 10
 
Sabrina dan Ridzuan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Tasha, yang baru berumur 5 tahun and kini pulang ke tanah air....
Mimpi Sabrina Episode 11
11. Mimpi Sabrina Episode 11
 
Ridzuan bawa Tasha berjumpa dengan Cik Salmah. Dari air muka Ridzuan, Cik Salmah dapat hidu yang cucu kesayangannya itu ada masalah dengan Sabrina. Ridzuan cuba berdalih tetapi Tasha pula pecah tembelang....
Mimpi Sabrina Episode 12
12. Mimpi Sabrina Episode 12
 
Hubungan Sabrina dan Fahrin bertambah rapat. Sabrina tidak mahu mereka berjumpa secara sembunyi lagi. Sabrina mahu semua orang tahu termasuklah Ridzuan. Sabrina nekad untuk tinggalkan Ridzuan yang dia tidak cintai, untuk bersama Fahrin. Tetapi Fahrin pula masih selesa berjumpa secara bersembunyi....
Mimpi Sabrina Episode 13
13. Mimpi Sabrina Episode 13
 
Fahrin tidak sedar dia bakal diperalatkan Alisa. Lantas Fahrin beritahu Sabrina yang dia mahu bantu syarikat Kayangan Holdings yang ada masalah kewangan....
Mimpi Sabrina Episode 14
14. Mimpi Sabrina Episode 14
 
Fahrin tunjuk ajar Sabrina tentang cara-cara menguruskan sebuah syarikat. Mereka sering berjumpa di pejabat dan kelihatan amat mesra sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan staff. Walau bagaimana pun, cara Sabrina melayan staff lebih ramah dan mesra dari Ridzuan. Ini membuat staff lebih suka dan hormat Sabrina dari Ridzuan....
Mimpi Sabrina Episode 15
15. Mimpi Sabrina Episode 15
 
Rumah tangga Ridzuan dan Sabrina semakin dingin setelah Ridzuan diturunkan jawatan. Mereka tidak tinggal sebumbung lagi dan Tasha pula dijaga Sabrina. Semenjak dari hari itu kehidupan Ridzuan semakin merosot dan dia mula dihinggapi penyakit inferiority complex. Ridzuan sering lepak kelab malam dan mabuk....
Mimpi Sabrina Episode 16
16. Mimpi Sabrina Episode 16
 
Fahrin cuba pujuk dan menangi hati Sabrina semula. Namun Sabrina jauhkan dirinya dari Fahrin. Dalam pada itu Sabrina pula mula rasa bersalah kepada Ridzuan. Baru Sabrina tersedar yang selama ini dia tidak berlaku adil terhadap suaminya....
Mimpi Sabrina Episode 17
17. Mimpi Sabrina Episode 17
 
Fahrin tuduh Alisa cuba bunuh Sabrina tetapi Alisa tidak mengaku. Walaupun ALISA ada merancang tetapi bukan dia yang lakukannya. Alisa merayu agar Fahrin kembali padanya....