Antara Maghrib Dan Isyak

iflix

Antara Maghrib Dan Isyak

  • TV-G
  • 2011
Haji Seman sering menjadi tempat Ramlie dan Adman meminta nasihat. Kehebatan Ramlie dan Adman bercerita tentang kehidupan berpoligami telah menarik perhatian Yusri. Dalam diam-diam, Yusri memasang niat untuk berkahwin lagi satu tanpa pengetahuan isterinya. Bagaimanapun, tindakan Yusri telah menimbulkan pelbagai masalah terutama dalam membahagikan masa untuk isteri mudanya, Nurain (Lovinia). Yusri hanya berkesempatan menemui isteri mudanya di antara waktu Maghrib dengan Isyak dengan memberi alasan untuk berjemaah di masjid. Manakala Adman dan Ramlie yang bosan dengan kehidupan mereka yang tidak pernah aman, berhasrat untuk menambah lagi bilangan isteri masing-masing. Bagaimanapun hasrat Adman dan Ramlie serta perkahwinan rahsia Yusri terbongkar juga dan menimbulkan keributan dalam keluarga masing-masing. Dalam kekecohan tersebut, mereka terkesima apabila heboh memperkatakan kedua-dua isteri Haji Seman telah meminang seorang balu untuk dijadikan isteri ketiga Haji Seman. Apakah yang akan terjadi seterusnya?...
GenresComedyDramaStarringZalfie RaoulFathil DhaniKazarMuslee RamlyLiza AbdullahSuriati Abu BakarCatriona RossArfah DamanhuriMummy KathyNorsehaBell NgasriTam SuhaimiWatie Sadalie dan Ilya Senario.DirectorEmi Suffian