iflix
iflix
00:00

Subtitles

Off

Audio

English
Hilang Yang Kembali

Hilang Yang Kembali

  • TV-G
  • 2019
  • 1 Season
SubtitlesMalayStarringAqashaEmelda RosemilaAzhan RaniTaufiq HanafiZamarul HishamNafiz MuazElisya SandhaArill FesolZarina ZainoordinDamia QaissarahAdamSyed IrfanNur Auni ZahraAmeer ImranDirectorAmor Rizan
Hilang Yang Kembali bermula dengan seorang wanita bernama Fara, yang berlari masuk ke dalam sebuah balai polis untuk melaporkan tentang dia dikejar oleh seseorang. Flashback-kisah tentang Fara dan suaminya Razif di Bali, dimana mereka kehilangan anak mereka, Danial (9 tahun). Sepuluh tahun berlalu, kejadian itu membuatkan Fara dan Razif sering bergaduh sehingga membawa kepada proses pencerian. Dua hari sebelum ke mahkamah, Fara dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahunya dia adalah anaknya yang hilang dahulu. Fara menerima Danial semula namun Razif masih berbelah bahagi. Misteri mula memenuhi ruang rumah mereka, berbagai kejadian aneh mula berlaku....
Season 1

12 Episodes
Hilang Yang Kembali Episode 1
1. Hilang Yang Kembali Episode 1
 
Kisah dimulakan dengan kelibat seseorang sedang berlari dalam hutan, ketakutan. Kemudian kelibat itu mula kelihatan jelas, dan ia adalah seorang wanita (Fara) yang sedang ketakutan dan seolah mahu melarikan diri dari sesuatu. Fara yang dalam keadaan tidak terurus akhirnya tiba di sebuah rumah seakan resort. Fara menjerit meminta tolong. Dia mula berkata perkara yang bukan-bukan. Seperti tidak waras. Seorang lelaki dan seorang perempuan keluar dari rumah tersebut, terkejut melihat Fara....
Hilang Yang Kembali Episode 2
2. Hilang Yang Kembali Episode 2
 
Danial berdiri di hadapan Fara lalu menunjukkan tanda parut di atas pergelangan tangannya. Fara memeluk Danial sekuat hati. Dia terlalu rindukan Danial....
Hilang Yang Kembali Episode 3
3. Hilang Yang Kembali Episode 3
 
Danish hairan kerana ayahnya tidak percaya itu adalah Danial. Namun ayahnya tidak menerangkan sebab kukuh. Danish mencadangkan pada ayahnya supaya melakukan ujian DNA....
Hilang Yang Kembali Episode 4
4. Hilang Yang Kembali Episode 4
 
Mereka semua kelihatan baru selesai makan malam ketika itu. Razif tiba-tiba bertanya, macamana Danial boleh tak ingat siapa Alisa? Danial terdiam tanpa kata. Alisa kemudian memberitahu mungkin kerana sebelum Danial hilang, dia dan Danial ada selisih faham...
Hilang Yang Kembali Episode 5
5. Hilang Yang Kembali Episode 5
 
Fara dan Razif agak terkejut dengan kedatangan Puan Salmah; ibu Razif. Puan Salmah mempertikaikan kenapa Fara dan Razif tidak mahu memberitahu dia yang Danial sudah pulang. Danial muncul, Puan Salmah memeluk erat Danial. Danish hanya memerhati di tepi....
Hilang Yang Kembali Episode 6
6. Hilang Yang Kembali Episode 6
 
Razif tanya Fara kenapa Fara dah berhenti makan ubat dia? Doktor pun ada call Razif, tanya kenapa Fara lama tak datang. Fara kata sejak Danial kembali, dia dah tak rasa perlu ubat tu. Dan dia rasa dah tak perlu jumpa pakar psikiatri setiap bulan dah. Fara kata nak bawak Danial ke tempat kerja. Dah seminggu dia tak bukak kedai sejak Danial kembali....
Hilang Yang Kembali Episode 7
7. Hilang Yang Kembali Episode 7
 
Danish mula risaukan ibu dan ayahnya yang bertengkar. Dia bertanya pada Danial, apa yang terjadi pada Bunga....
Hilang Yang Kembali Episode 8
8. Hilang Yang Kembali Episode 8
 
Danish berjumpa dengan Alisa dan menceritakan kegusaran dia. Alisa akhirnya mengakui yang dia juga rasa ada sesuatu yang tidak kena pada Danial. Danish kemudian pulang, ketika itu Danial sedang meneruskan kisah lalunya pada Fara....
Hilang Yang Kembali Episode 9
9. Hilang Yang Kembali Episode 9
 
Fara berbaring di katil wad, tidak sihat. Razif minta maaf. Ketika Razif tiada, Danial jumpa dan mintak maaf pada Fara. Danial merasai sejak dia balik,Razif memang tak suka dia. Danial berkata mungkin lebih baik dia tak pernah kembali....
Hilang Yang Kembali Episode 10
10. Hilang Yang Kembali Episode 10
 
Alisa datang melawat keluarga Danish. Alisa kemudian bertanya pada Danial bagaimana kesinambungan kisah Danial. Fara kata Danial perlukan rehat, kenapa perlu nak tanya kisah lama. Danial kata tak apa, dia juga mahu cerita....
Hilang Yang Kembali Episode 11
11. Hilang Yang Kembali Episode 11
 
Razif, Danial, Danish dan Fara tiba di Cameron, rupanya Alisa dan Ikmal dah sedia menunggu di rumah percutian itu. Fara happy, tetapi Razif sedikit terganggu dengan kehadiran Ikmal. Di situ, Razif mendapat panggilan telefon dari pakar yang melakukan ujian DNA itu....
Hilang Yang Kembali Episode 12
12. Hilang Yang Kembali Episode 12
 
Semua sedang mencari Danial. Mereka berpecah. Danish akhirnya bertemu Danial. Danish ajak pulang. Dia tak mahu ibu mereka risau. Danial ketawa. Danial tanya adakah Danish mahu tahu kisah terakhirnya? Danish hairan....