We're not available in your region. Feel free to have a look around though.
iflix
iflix
00:00

Subtitles

Off

Audio

English
Player
Encik Suami Mat Salih Celup

Encik Suami Mat Salih Celup

  • TV-G
  • 2017
  • 1 Season
SubtitlesMalayStarringDaler YusufNelydia SenroseFikhree BakarNadiyah ShahabOzlynnAfzan A.RahmanOktovia ManroseTania HudsonZalfa ZinAmar AsyrafAzzahra AhmadSyafieqaAdam ShahBoy ImanAzhar AmirZila BakarinFetty DzulNor AlbaniahDirectorHashim Rejab
Kisah diantara Iman Amani dan Ian Hadif bermula apabila pertunangan diantara Iman dan tunangnya Naim diputuskan walahal pernikahan mereka hanya beberapa minggu sahaja. Menurut Naim, Iman tidak cukup memahami dirinya seperti Dora lakukan untuknya. Naim mengambil keputusan untuk kembali bersama Dora. Iman yang pasrah dengan ketentuan ilahi akhirnya menerima cadangkan mamanya untuk menerima anak rakan mamanya supaya keluarganya tidak menanggung perasaan malu yang menggunung akibat dari pertunangannya yang putus....
Season 1

9 Episodes
Encik Suami Mat Salih Celup Episode 1
1. Encik Suami Mat Salih Celup Episode 1
 
Hubungan Naim dan Iman Amani terhenti apabila Naim mengatakan Iman tidak lagi sesuai dengannya kerana dia seorang modal terkenal. Iman menjadi kelam kabut kerana majlis pernikahannya akan berlangsung beberapa minggu lagi. Demi menyelamatkan maruah keluarga, ibu Iman mencari seorang untuk menggantikan tempat Naim iaitu Ian Hadif Wickham, seorang mat salih. Dugaan yang dihadapi Iman ialah untuk mengajar Ian untuk berkomunikasi Bahasa Melayu dan memahami hati budinya sebelum majlis perkahwinan mereka....
Encik Suami Mat Salih Celup Episode 2
2. Encik Suami Mat Salih Celup Episode 2
 
Angah gelakkan Iman yang menceritakan pengalaman pecut larinya bila Ian Hadif datang ke butiknya. Iman tak sangka anak Aunty Julia itu muka Mat Salih sebijik. Dia lupa yang Aunty Julia bernikah dengan Mat Salih. Walaupun masih terkejut dan blur dengan putus tunanganya, Iman sibuk juga dengan butik perkahwinannya. Dan Iman juga rasa tertekan dengan abangnya, Along yang selalu seperti menyalahkan dia. Namun Angah tetap memujuk. Tanpa pengetahuan Iman, Along bertemu dengan Naim untuk penjelasan. Tapi diakhiri dengan Naim kenyang makan penumbuk alongnya. Ian Hadif blur dan tak sangka Iman boleh lari begitu saja lepas tau dia siapa. Dia perlukan penjelasan daripada Iman tentang perkahwinan yang diatur keluarga mereka. Tapi Iman pula angkat kaki. Ian yang tak mesra dengan Uminya banyak berbincang dengan walidnya. Ada sejarah yang menyebabkan Ian seperti berdendam dengan Uminya. Walaupun walidnya minta dia lupakan yang lepas tapi Ian tetap dingin dengan Uminya....
Encik Suami Mat Salih Celup Episode 3
3. Encik Suami Mat Salih Celup Episode 3
 
Iman, Ian dan ibu mereka keluar bersama menempah baju pengantin dan cincin. Kerana Ian yang acuh tak acuh terhadap semua perkara, Iman sengaja mengusik Ian dengan pelbagai perkara hingga menimbulkan kegeraman pada Ian dan gelak tawa pada ibu mereka. Sedikit sebanyak, sikap Ian yang serius dan adakala blur dan sinis itu berjaya juga menghiburkan hati Iman dan langsung melupakan Naim. Sebelum Ian pulang ke UK, semua memberi pesan kepada Ian dan Iman pun terpaksa beri pesanan juga bila semua menunggu kata-kata selamat tinggalnya pada Ian. Akhirnya Iman minta Ian balik semula ke Malaysia dan jangan lari daripada pernikahan mereka. Ian berjanji dan menyindir Iman yang selepas itu Iman akan mengadapnya 24/7 dan suruh makan lebih supaya lebih tinggi. Angah mengusik dan memberi nasihat kepada Iman yang beralih tengok drama dari British saja kerana rindukan Ian. Tapi Iman menafikannya. Sebenarnya di belakang mereka, Iman teruja gedik juga dapat keluar dan bakal suaminya Mat Salleh....
Encik Suami Mat Salih Celup Episode 4
4. Encik Suami Mat Salih Celup Episode 4
 
Iman marah Ian kerana buatkan semua orang kalut sedangkan dia selamba. Auni datang menjernihkan keadaan dan marah juga pada Ian tanpa dicampuri oleh Iman yang sudah menggelegak. Akhirnya setelah semua orang marahkannya, Ian minta maaf pada semua dan tak sangka semua orang panik. Iman menangis-menangis dengan angah kerana tak mahu bernikah dengan Ian yang tak ada perasaan dan hati kering itu. Angah memujuk Iman yang dia yakin Ian lelaki yang baik dan kejadian itu hanya salah faham. Ian geram juga dia diperintah berkurung oleh uminya kerana kejadian petang itu. Tapi dia terpaksa akur bila Yazmin tenangkannya dan semua orang takut yang dia akan lari dari pernikahan itu. Ian tergelak sorang-sorang bila teringatkan betapa comel dan kalutnya Iman memarahinya. Ian rasa mungkin dia patut bagi peluang kepada Iman yang nampaknya sangat ambil berat pada dia. Naim tak sangka Iman betul-betul akan bernikah dengan Mat salih yang sebenarnya lebih hebat daripada dia....
Encik Suami Mat Salih Celup Episode 5
5. Encik Suami Mat Salih Celup Episode 5
 
Iman hairan Ian akan balik semula ke UK dengan alasan masih ada urusan kerja sedangkan Sabtu itu mereka akan bersanding di rumah Ian pula. Iman walaupun risau Ian akan lari, lega sikit bila teringat yang Ian sudah tandatangan perjanjian mereka. Malam pertama mereka bermula dengan perbalahan untuk merebut katil. Yang tentunya dimenangi oleh Imani. Tapi kemudian Ian dengan renungan tajamnya, minta Imani sesuatu yang lain. Imani sudah saspen. Rupa-rupanya Ian tak dapat tidur dan minta Iman temannya menonton tv. Malam itu dihabiskan dengan tidur di depan tv. Walaupun kelakar dengan Ian yang banyak tanya, Iman melayannya dengan baik juga. Ian juga walaupun adakalanya sakit hati dengan perangai sengal dan kutukan Imani, dia terhibur juga dan mengikut rentak yang sama. Mereka ke mall untuk membeli kasut dan terserempak dengan Naim dan Dora. Naim menyindir Iman yang berjaya juga dapatkan penggantinya dalam masa terdekat. Iman nyaris mengamuk dan membelasah Naim dan Dora,...
Encik Suami Mat Salih Celup Episode 6
6. Encik Suami Mat Salih Celup Episode 6
 
Ketika Iman tergamam, Ian ambil kertas di belakang Iman dan koyakkannya dengan sengih. Tapi kemudian Iman dengan bangga juga, tunjuk banyak lagi salinan perjanjian itu kerana tahu Ian tak setuju. Ian bengang je dan terpaksa akur. Mama Iman call pada tiga pagi kerana Nisa nak beranak sebab along pengsan mabuk darah. Kelam kabut Iman kejutkan Ian dan tak bagi Ian tukar baju dan seluarnya dan terus pergi dengan Ian terpinga-pinga blur. Nisa selamat bersalin anak lelaki dan mereka balik ke rumah Ian. Iman terkejut dia sudah atas katil kerana tak ingat pun dia naik tangga. Umi bagitau Ian dukung Iman bawa naik atas dan bilik. Iman senyum, ada modal dia nak kenakan Ian nanti. Bila Iman tanya pada Ian, Ian tak mengaku mendukung Iman. Ian terkial-kial dipaksa Iman untuk makan nasi menggunakan tangan. Tapi disebabkan Iman ada saja kata-kata kelakarnya membuatkan Ian terpaksa dalam lawak juga. Iman mula mengajar Ian bahasa Melayu dan terjadilah perbualan kelakar dan mencuit hati....
Encik Suami Mat Salih Celup Episode 7
7. Encik Suami Mat Salih Celup Episode 7
 
Rupa-rupanya Ian pagi-pagi lagi sudah keluar dan pakai keretanya tanpa izin dulu. Iman bengang dan merajuk. Ian bagi alasan kalau minta izin memang tak lah Iman nak bagi. iman bersabar dan mencari idea untuk kenakan semula Ian. Ian dah mula nak menggatal dengan Iman. Masa baca novel, Ian sengaja tanya pada Iman apa maksud sesuatu. Bila Iman tengok, Ian sengaja makin dekat dengannya macam nak cium. Iman yang berdebar ketuk novel ke kepala Ian. Iman memujuk Umi ceritakan tentang hubungannya dengan Ian. Umi ceritakan kenapa Ian lama tinggal di UK dan mahu Iman jaga Ian supaya tak pindah ke UK semula. Iman pelik kenapa Ian tinggal dengan nenek dan atuknya sejak umur 5 tahun tapi umi serba-salah, tak jawab. Iman syak ada sesuatu yang tak kena. Iman culik jam tangan Ian dan sorok jam tangan yang lain. Kemudian Iman tinggalkan jam berwarna pink nya untuk balas dendam pada Ian yang culik keretanya sebelum itu. Tapi hingga ke tengahari Ian tak telefon atau mesej, buatkan Iman risau juga....
Encik Suami Mat Salih Celup Episode 8
8. Encik Suami Mat Salih Celup Episode 8
 
Naim minta maaf pada Iman tapi Iman cepat-cepat lari dan masuk serta tunggu agak lama dalam bilik air. Bila yakin Naim sudah tak ada lagi, Iman beredar balik. Iman serba-salah nak bagitau Ian atau tidak. Naim mula menyesal kerana putus dengan Iman dulu. Dia tak sangka Iman lebih bahagia daripadanya kini. Naim datang ke butik Iman dan jelaskan yang dia menyesal dan harap dia yang kahwin dengan Iman bukan Mat Salih tak tau asal usul itu. Iman bengang dan maki Naim serta bagi amaran jangan ganggu dia lagi. Dora yang geram Naim putuskan hubungan dengannya berazam untuk pikat semula Naim. Dora belajar masak macam yang Naim suka dan puji Iman. Dora bagi ayat-ayat punchline untuk Naim tapi Naim tak melayannya. Ian dan Iman ke pasaraya beli barang untuk berkelah di Port Dickson esoknya. Seperti biasa mereka berbalah pasal makanan kerana Iman tak mahu buat sandwich, sebaliknya buat kimbap atau shusi yang Ian tak suka. Di pantai, Iman bertanya jika Ian ada kekasih sebelum itu....
Encik Suami Mat Salih Celup Episode 9
9. Encik Suami Mat Salih Celup Episode 9
 
Iman terkejut dengar jeritan Ian yang bermimpi. Bila Ian terjaga, dia mahu Iman berjanji tidak akan tinggalkannya. Iman walaupun hairan, berjanji juga. Paginya Ian menghilangkan diri walaupun demam. Iman risau. Tambah risau bila Umi juga tak buka mulut langsung. Iman nekad untuk selesaikan masalah mereka. Iman cari Ian di pejabatnya walaupun hari Ahad. Ian memang lari dari uminya lalu Iman paksa pergi ke klinik. Dan Iman terpaksa akur bila Ian tak mahu balik rumah semula pada masa itu. Walid nasihatkan supaya Julia berterus-terang pada Ian apa yang sebenarnya berlaku. Dia tak mahu Ian terus berdendam dan terluka. Tapi Julia merasakan jika dia berterus-terang, akan mengaibkan ibu mertuanya pula. Dia tak mahu Ian menuduhnya menunding salah pada orang lain pula. Selepas kejadian itu Ian jadi pendiam dan hanya balik ke rumah untuk tukar baju saja. Iman puas memujuk Umi yang juga muram saja dan pujuk Ian mahu tahu cerita sebenar tapi dua-dua diam saja....