iflix
Cinta Koko Coklat

Cinta Koko Coklat

  • TV-G
  • 2018
  • 1 Season
SubtitlesMalayStarringAqashaAzrel IsmailFoo Siang KokMimi LanaMohd Fazli YahyaRaja AfiqRohayah IbrahimSasqia DahuriSweet QisminaZahirah MacwilsonDirectorMohd Fazil Yahya
Damia, Pengerusi ‘Rich Chocolate’ terima seorang pelumba kereta yang terpaksa bercuti dari perlumbaan litar akibat krisis kewangan, Haikal sebagai pemandunya setelah Haikal selamatkan Damia dari satu cubaan culik. Damia turut menggaji rakan baik Haikal, Faizal sebagai pemandu keluarganya setelah adiknya, Darwina pulang dari luar negara. Pergeseran dalam keluarga serta rahsia silam yang disembunyikan oleh ibunya, Puan Sri Soraya membuka ruang untuk pengurus syarikat yang juga teman lelaki Damia, Malik memanipulasi, mengeksploitasi serta mensabotaj Damia dan keluarga arwah Tan Sri Farish. Ekoran dari pelbagai krisis dan konflik, hubungan majikan dan pemandu di antara Damia dan Haikal serta adiknya, Darwina dan Faizal bertukar kepada cinta manakala adik bongsu mereka, Danisya bertemu kasih dengan cucu pembantu rumah mereka, Naim. Setelah segala pergolakan berakhir, Haikal dan Faizal kembali semula ke medan lumba kereta dan berjaya merangkul gelaran juara....
Season 1

39 Episodes
Cinta Koko Coklat Episode 1now playing
1. Cinta Koko Coklat Episode 1
 
Damia menerima satu sampul surat daripada seorang lelaki (Jamal) namun tidak tahu siapa sebenarnya lelaki itu dan apa tujuannya....
Cinta Koko Coklat Episode 2
2. Cinta Koko Coklat Episode 2
 
Ghani, pekerja paling lama yang banyak menyimpan rahsia Rich Chocolate diserang sakit jantung dan sebelum meninggal dunia, dia telah memberitahu kepada Malik yang Damia bukanlah anak kandung Tan Sri Farish. Malik mula susun agenda jahat....
Cinta Koko Coklat Episode 3
3. Cinta Koko Coklat Episode 3
 
Puan Sri Soraya terkejut apabila Malik menyerahkan satu surat layang yang konon diterimanya memberitahu yang Damia bukan anak kandung Tan Sri Farish....
Cinta Koko Coklat Episode 4
4. Cinta Koko Coklat Episode 4
 
Damia hampir terbaca keputusan Dna yang cuba disiasat Malik namun Malik sempat mengambil sampul surat itu. Malik semakin bingung apabila mendapat tahu keputusan DNA mengesahkan Ghani bukan bapa kandung Damia....
Cinta Koko Coklat Episode 5
5. Cinta Koko Coklat Episode 5
 
Berlaku satu insiden dimana Haikal secara tidak sengaja mengakui perasaannya kepada Damia. Damia tergamam. Perkara itu didengari Malik dan dia semakin bimbang dengan hubungan Damia dan Haikal....
Cinta Koko Coklat Episode 6
6. Cinta Koko Coklat Episode 6
 
Sebaik Damia dihantar pulang ke rumah oleh Haikal, mereka terkejut apabila Puan Sri Soraya berkeras mahu perkahwinannya dengan Malik dipercepatkan....
Cinta Koko Coklat Episode 7
7. Cinta Koko Coklat Episode 7
 
Sewaktu spot-check dilakukan ke atas kesemua pekerja kilang oleh pengawal keselamatan, semua terkejut apabila wang yang didakwa hilang oleh Malik berada dalam beg Haikal....
Cinta Koko Coklat Episode 8
8. Cinta Koko Coklat Episode 8
 
Sewaktu Faizal menemani Darwina, dia ternampak dari jauh Jasmin berjalan mesra dengan seorang lelaki (Ramzi) tapi tidak pasti / perasan siapakah lelaki itu. Dia mula curiga....
Cinta Koko Coklat Episode 9
9. Cinta Koko Coklat Episode 9
 
Jamal menyelamatkan Damia daripada gangguan beberapa budak nakal. Namun, belum sempat Damia mengucapkan terima kasih, Jamal terus berlalu meninggalkan Damia tertanya-tanya. Damia mahu tahu dan mahu menyiasat apa kaitan Jamal dengan Rich Chocolate....
Cinta Koko Coklat Episode 10
10. Cinta Koko Coklat Episode 10
 
Di satu majlis yang dianjurkan oleh Rich Chocolate, Haikal begitu terkejut apabila Damia membuat pengumuman tentang pertunangannya dengan Malik yang akan diadakan tidak lama lagi. Jasnita dapat melihat kekecewaan di wajah Haikal. Dia hanya tesenyum sinis....
Cinta Koko Coklat Episode 11
11. Cinta Koko Coklat Episode 11
 
Zara merasakan ada tidak kena dengan dirinya dan terkejut apabila mendapati dirinya hamil setelah membuat ujian kehamilan....
Cinta Koko Coklat Episode 12
12. Cinta Koko Coklat Episode 12
 
Naim ke banglo Puan Sri Soraya untuk menjemput Kalsom sebaik tahu neneknya itu tidak sihat. Dia terserempak dengan Danisya yang ketika itu sedang bertelagah pendapat dengan Puan Sri Soraya lalu terbongkarlah rahsia yang Danisya adalah pewaris Rich Chocolate....
Cinta Koko Coklat Episode 13
13. Cinta Koko Coklat Episode 13
 
Jamal terkejut melihat dua lelaki bertopeng memecah masuk dan merosakkan barang-barang di kedainya sebelum dia turut dipukul. Haikal cuba membantu, malangnya dia turut dipukul hingga pengsan....
Cinta Koko Coklat Episode 14
14. Cinta Koko Coklat Episode 14
 
Jasmin dan Faizal panik apabila mendapati Wafi hilang. Ada jiran beritahu yang dia nampak Wafi bersama dengan seorang lelaki....
Cinta Koko Coklat Episode 15
15. Cinta Koko Coklat Episode 15
 
Puan Sri Soraya terserempak dengan Jamal sewaktu dia ke pasar dengan ditemani Kalsom. Masing-masing tergamam tatkala bertentang mata....
Cinta Koko Coklat Episode 16
16. Cinta Koko Coklat Episode 16
 
Damia rasa curiga apabila dia ternampak Malik sedang menenangkan Zara yang sedang menangis. Dia mengekori mereka apabila Malik bawa Zara ke bilik pejabatnya....
Cinta Koko Coklat Episode 17
17. Cinta Koko Coklat Episode 17
 
Faizal dapat panggilan dari Wafi memintanya datang ke rumah. Dia panik apabila mendapati Jasmin tidak sedarkan diri....
Cinta Koko Coklat Episode 18
18. Cinta Koko Coklat Episode 18
 
Jamal meminta Kalsom untuk menyerahkan sepucuk surat kepada Puan Sri Soraya apabila Puan Sri Soraya tidak mahu bertemunya. Jasnita ternampak bapanya dengan Kalsom dan mula rasa curiga....
Cinta Koko Coklat Episode 19
19. Cinta Koko Coklat Episode 19
 
Ketika sedang makan malam dengan Damia, Malik mendapat panggilan daripada Zara mengatakan dia mengalami sakit perut yang teramat sangat. Malik terpaksa beredar dan beri alasan ada kecemasan dalam keluarganya kepada Damia. Damia mula curiga apabila Malik tidak benarkan dia ikut dan rasa Malik banyak berahsia tentang keluarganya....
Cinta Koko Coklat Episode 20
20. Cinta Koko Coklat Episode 20
 
Damia terkejut apabila mendapat surat tuntutan mahkamah yang dikemukakan Jasnita untuk menuntut hak Jamal ke atas Rich Chocolate....
Cinta Koko Coklat Episode 21
21. Cinta Koko Coklat Episode 21
 
Malik masuk ke bilik Damia di Rich Chocolate untuk mengambil dokumen penting, dan terjumpa surat tuntutan mahkamah yang diterima Damia. Dia mula susun agenda jahat....
Cinta Koko Coklat Episode 22
22. Cinta Koko Coklat Episode 22
 
Zara panik apabila mengalami tumpah darah. Dia meminta pertolongan dari Damia setelah gagal menghubungi Malik. Damia bergegas ke rumah Zara untuk membantunya. Malik pula tiba di rumah Zara tidak lama kemudian. Dia terkejut melihat Damia ada disitu. Damia mula sangsi....
Cinta Koko Coklat Episode 23
23. Cinta Koko Coklat Episode 23
 
Damia dihantui serba salah apabila Puan Sri Soraya merayu agar dia mempercepatkan perkahwinannya dengan Malik....
Cinta Koko Coklat Episode 24
24. Cinta Koko Coklat Episode 24
 
Darwina dan Danisya begitu terkejut apabila Damia memberitahu mereka yang Malik akan mengadakan sidang akhbar untuk umumkan yang perkahwinan mereka akan diteruskan....
Cinta Koko Coklat Episode 25
25. Cinta Koko Coklat Episode 25
 
Hazlin menceritakan kepada Naim tentang pertunangan Haikal dan Jasnita. Damia yang terdengar perbualan mereka begitu kecewa sehingga tidak sedar dia mengalirkan air mata....
Cinta Koko Coklat Episode 26
26. Cinta Koko Coklat Episode 26
 
Puan Sri Soraya tidak dapat membendung lagi rasa runsingnya apabila majlis perkahwinan Damia semakin hampir dan rasa berdosa kerana tidak menjemput bapa kandung Damia yang sepatutnya menjadi wali. Puan sri Soraya mengadu kepaa Yusof. Danisya terdengar perbualan mereka dan rasa terkejut....
Cinta Koko Coklat Episode 27
27. Cinta Koko Coklat Episode 27
 
Jasmin panik menyedari diekori Ramzi sewaktu sedang memandu dan dia terus menelefon Faizal untuk minta tolong namun Faizal gagal dihubungi. Jasmin tinggalkan pesanan sebelum keretanya kemudian bertembung dengan sebuah kereta lain....
Cinta Koko Coklat Episode 28
28. Cinta Koko Coklat Episode 28
 
Kalsom sangat terkejut apabila bekas menantunya, Anita muncul di hadapannya ketika dia baru hendak pulang dari rumah Puan Sri Soraya....
Cinta Koko Coklat Episode 29
29. Cinta Koko Coklat Episode 29
 
Damia terkejut apabila beberapa pekerja yang telah lama berkhidmat mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan untuk berpindah ke syarikat pesaing....
Cinta Koko Coklat Episode 31
31. Cinta Koko Coklat Episode 31
 
Damia ternampak ibu bapa Malik dalam keadaan yang mencurigakan. Penampilan mereka selekeh dan tidak profesional tidak seperti ketika dia bertemu dengan mereka. Damia semakin dapat merasakan Malik ada sembunyikan sesuatu daripadanya....
Cinta Koko Coklat Episode 32
32. Cinta Koko Coklat Episode 32
 
Puan Sri Soraya mengaturkan makan malam untuk memulihkan semula hubungan Damia dengan Malik. Dia terkejut apabila Damia bertanya siapa bapa kandungnya di hadapan semua....
Cinta Koko Coklat Episode 33
33. Cinta Koko Coklat Episode 33
 
Damia terserempak dengan Haikal dan Jasnita dan dia kecewa apabila Jasnita sengaja tunjukkan cincin tunang yang dibeli Haikal. Haikal serba salah....
Cinta Koko Coklat Episode 34
34. Cinta Koko Coklat Episode 34
 
Ketika bersendirian di rumah, Jasmin cuba berjalan dan berjaya melangkah tanpa bantuan. Sebaik Faizal dan juruterapinya tiba, dia cepat-cepat duduk semula dan berpura-pura tiada apa yang berlaku....
Cinta Koko Coklat Episode 35
35. Cinta Koko Coklat Episode 35
 
Damia diperhatikan dan diserang oleh seorang lelaki bertopeng ketika dia bersendirian di pejabat untuk menyiapkan kerja-kerjanya....
Cinta Koko Coklat Episode 36
36. Cinta Koko Coklat Episode 36
 
Faizal hairan apabila ada barang yang diletakkan di tempat tinggi dialihkan sedangkan Jasmin tidak boleh berdiri manakala Wafi terlalu rendah untuk mencapainya. Dia mula syak sesuatu disembunyikan Jasmin....
Cinta Koko Coklat Episode 37
37. Cinta Koko Coklat Episode 37
 
Puan Sri Soraya terkejut melihat kehadiran Jamal di pejabat Damia dan tidak percaya apabila Damia perkenalkan Jamal sebagai Ketua Bahagian Penyelidikan dan Penghasilan Produk Baru Rich Chocolate....
Cinta Koko Coklat Episode 38
38. Cinta Koko Coklat Episode 38
 
Kalsom begitu terkejut apabila dia lihat Anita turut berada di hospital melawat Naim sebaik dia sampai. Danisya mula cuak kerana Kalsom tidak tahu Naim sudah berbaik dengan ibunya....
Cinta Koko Coklat Episode 39
39. Cinta Koko Coklat Episode 39
 
Damia melihat beberapa dokumen yang diletakkan di atas katil oleh ibunya. Damia cuba meneliti dokumen tersebut dengan penuh rasa ingin tahu....
Cinta Koko Coklat Episode 40
40. Cinta Koko Coklat Episode 40
 
Ketika Damia ke luar daerah untuk menghadiri mesyuarat, pekerja-pekerja Rich Chocolate panik apabila stor menyimpan bahan-bahan buat coklat dirompak....