Edisi Terhad Dan Unboxing

iflix
Edisi Terhad Dan Unboxing

Edisi Terhad Dan Unboxing

  • TV-G
  • 2018
  • 1 Season
Saksikan Edisi Terhad Dan Unboxing dari Amanz....
Season 1

5 Episodes
Ini Adalah Honor Play Player Editionnow playing
1. Ini Adalah Honor Play Player Edition
 
Honor Malaysia bakal menjual peranti Honor Play versi Player Edition pada 9 September 2018 ini. Ia didatangkan bersama Cip Pemproses Kirin 970 dengan 4GB RAM dan 64GB Storan. Bagi memenuhi keperluan gaming anda ia turut menyertakan aksesori yang boleh dipadankan bersama peranti Honor ini. Didalam video ini kami akan tunjukkan apa yang ditawarkan apabila membeli peranti edisi terhad daripada Honor....
Ini Adalah Asus ROG Phone- Gaming Phone Dengan Aksesori Menarik
2. Ini Adalah Asus ROG Phone- Gaming Phone Dengan Aksesori Menarik
 
Selepas pengumumanya di Computex 2018, ramai yang nanti-nantikan peranti ini akan masuk ke pasaran Malaysia kerana membawa banyak ciri-ciri yang tiada pada peranti gaming lain. Antaranya adalah AMOLED pada kadar segar semula 90Hz, Sistem penyejuk yang jauh lebih baik dan Cip Khas yang sudah dilewah jam 2.96GHz. Asus ROG Phone ini akan dilancarkan pada 22 Oktober 2018. Buat masa ini harga jualan masih belum diberitahu dan layari www.amanz.my untuk kemaskini terkini tentang peranti ini....
Vivo NEX Dengan Kamera Boleh Sembunyi Kini Di Malaysia RM2799
3. Vivo NEX Dengan Kamera Boleh Sembunyi Kini Di Malaysia RM2799
 
Penantian untuk peranti yang betul-betul nirbingkai akhirnya datang ke pasaran Malaysia dengan penawaran skrin bersaiz 6.59 inci tanpa takuk. Bukan itu sahaja, ia turut menggunakan cip pemprosesan yang baru Snapdragon 845 bersama 8GB RAM dan 128GB Storan. Cara mereka memberi pengalaman nirbingkai ini dengan menyembunyikan kamera hadapan didalam peranti ini sendiri dan untuk menaikkan, komponen mekanikal bermotor harus diletakkan bagi menyenangkan pengguna tanpa perlu menekan apa-apa butang ataupun bukaan secara manual....
Nyahkotak: Xiaomi Redmi 6 Dan 6A
4. Nyahkotak: Xiaomi Redmi 6 Dan 6A
 
Xiaomi kali ini mengemaskini produk kelas permulaan mereka dengan peranti yang dinamakan Xiaomi Redmi 6 dan 6A. peranti ini menggunakan Cip Pemprosesan Mediatek Helio P22 dan A22. Mempunyai kecerdasan buatan untuk beroperasi sebagai pengecaman wajah sebagai kunci peranti dan kamera. Peranti ini dijual di Malaysia dengan tanda harga RM399 untuk Redmi 6A dan RM499 untuk Redmi 6....
Nyah-Kotak & Pandang Pertama: Vivo V11
5. Nyah-Kotak & Pandang Pertama: Vivo V11
 
Vivo V11 telah disenaraikan di Malaysia pada harga RM1699 dan ia membawa sejumlah pembaharuan baru berbanding Vivo V9. Ia kini dilengkapi dengan paparan 6.41-inci Super AMOLED, cip Snapdragon 660, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB, dan hadir dengan pengimbas cap jari di bahagian belakang. Ia juga menawarkan sokongan dwi-kamera 12MP + 5MP, kamera hadapan 25MP, dan bateri 3400 mAh bersama sokongan pengecasan pantas 18W. Vivo V11i turut dilancarkan di Malaysia dengan penawaran yang serupa, namun ditawarkan pada harga lebih rendah iaitu RM1299. Ia didatangkan paparan 6.3-inci Super AMOLED, cip MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB, dan membawa pengimbas cap jari di bahagian belakang....