Tips Dan Ulasan Phone Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

iflix
Tips Dan Ulasan Phone Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Tips Dan Ulasan Phone Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

  • TV-G
  • 2018
  • 1 Season
Saksikan Tips Dan Ulasan Phone Yang Mungkin Anda Tidak Tahu dari Amanz...
Season 1

9 Episodes
Ulasan: Huawei P20now playing
1. Ulasan: Huawei P20
 
Huawei P20 membawakan perubahan yang radikal berbanding Huawei P10, dengan rekaan berasaskan kaca bersama keupayaan kamera yang dioptimasikan melalui kecerdasan buatan (A.I). Dari segi spesifikasi, Huawei P20 didatangkan dengan skrin bersaiz 5.8-inci FHD+, cip HiSilicon Kirin 970, memori 4GB RAM, dan storan dalaman 128GB. Di Malaysia, ia telah ditawarkan pada harga RM2599, sekaligus memberi tekanan kepada peranti sekelasnya seperti Samsung Galaxy S9....
Ulasan: Huawei Nova 3E- Storan 128GB Pada Harga RM1399
2. Ulasan: Huawei Nova 3E- Storan 128GB Pada Harga RM1399
 
Huawei Nova 3e merupakan peranti kelas pertengahan dengan rekaan skrin penuh bersama penawaran storan dalaman 128GB. Peranti ini dikenali sebagai Huawei P20 Lite untuk pasaran luar, namun ia ditempatkan di bawah siri Huawei Nova untuk pasaran Malaysia, bagi memudahkan penjenamaan peranti yang memfokuskan kepada penggunaan lifestyle. Ia didatangkan dengan skrin 5.84-inci FHD+, cip HiSilicon Kirin 659, memori 4GB RAM, dan kapasiti bateri 3000 mAh. Ia juga turut didatangkan dengan sokongan dwi-kamera 16MP + 2MP, kamera hadapan 24MP, dan dijana dengan sistem operasi Android 8.0 Oreo. Di Malaysia, Huawei nova 3e ditawarkan pada harga RM1399 sekaligus bersaing dengan peranti sekelasnya iaitu Oppo F7 dan Vivo V9....
Ulasan: Oppo A3s- Bateri 4230 mAh & Skrin Bertakuk
3. Ulasan: Oppo A3s- Bateri 4230 mAh & Skrin Bertakuk
 
OPPO A3s telah disenaraikan di Malaysia pada harga RM599 dan ia merupakan peranti termurah dengan rekaan bertakuk setakat ini. Ia kini dilengkapi dengan paparan 6.2-inci IPS LCD HD+, cip Snapdragon 450, pilihan memori 2GB/3GB RAM, dan pilihan storan dalaman 16GB/32GB. Ia juga menawarkan sokongan dwi-kamera 13MP + 2MP, kamera hadapan 8MP, dan bateri berkapasiti 4320 mAh. Ia telah dijual pada harga RM599 bagi variasi 2GB RAM + 16GB dan RM899 untuk variasi 3GB RAM + 32GB....
Ulasan: Xiaomi Redmi 6A- Raja Peranti Bajet RM349
4. Ulasan: Xiaomi Redmi 6A- Raja Peranti Bajet RM349
 
Xiaomi Redmi 6A merupakan model pembaharuan Redmi 5A dengan rekaan skrin moden dan cip pemprosesan lebih efisien. Ia didatangkan dengan skrin 5.45-inci IPS LCD HD+, cip MediaTek Helio A22, memori 2GB RAM, dan storan dalaman 16GB bersama sokongan kad microSD. Ia juga dilengkapi dengan kamera utama 13MP, kamera hadapan 5MP, serta membawa kapasiti bateri 3000 mAh. Ia telah dijual di Malaysia pada harga jualan RM349 (2GB RAM + 16GB) dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Blue dan Gold....
Kenapa Huawei Nova 3E Best?
5. Kenapa Huawei Nova 3E Best?
 
Huawei Nova 3e merupakan peranti kelas pertengahan dengan rekaan skrin penuh bersama penawaran storan dalaman 128GB. Peranti ini dikenali sebagai Huawei P20 Lite untuk pasaran luar, namun ia ditempatkan di bawah siri Huawei Nova untuk pasaran Malaysia, bagi memudahkan penjenamaan peranti yang memfokuskan kepada penggunaan lifestyle. Ia didatangkan dengan skrin 5.84-inci FHD+, cip HiSilicon Kirin 659, memori 4GB RAM, dan kapasiti bateri 3000 mAh. Ia juga turut didatangkan dengan sokongan dwi-kamera 16MP + 2MP, kamera hadapan 24MP, dan dijana dengan sistem operasi Android 8.0 Oreo. Di Malaysia, Huawei nova 3e ditawarkan pada harga RM1320 sekaligus bersaing dengan peranti sekelasnya iaitu Oppo F7 dan Vivo V9....
Ulasan: Honor Play- Telefon Gaming Pada Harga Kompetitif
6. Ulasan: Honor Play- Telefon Gaming Pada Harga Kompetitif
 
Honor Play merupakan telefon gaming yang dikuasakan dengan cip flagship terkini, pada harga jualan RM1249. Ia didatangkan dengan skrin 6.3-inci IPS LCD FHD+, cip HiSilicon Kirin 970, pilihan memori 4GB RAM, dan storan dalaman 64GB. Ia juga dilengkapi dengan kamera utama 16MP + 2MP, kamera hadapan 16MP, serta membawa kapasiti bateri 3750 mAh. Ia telah dijual di Malaysia pada harga RM1249 (4GB RAM + 64GB) dalam dua pilihan warna iaitu Navy Blue dan Ultra Violet....
Ulasan: Pocophone F1- Menjuarai Kepantasan
7. Ulasan: Pocophone F1- Menjuarai Kepantasan
 
Pocophone F1 merupakan peranti Snapdragon 845 termurah yang anda boleh dapat di Malaysia dan di pasaran setakat ini, dengan harga jualan bermula RM1299. Ia didatangkan dengan skrin 6.18-inci IPS LCD FHD+, cip Qualcomm Snapdragon 845, memori 6GB RAM, dan pilihan storan dalaman 64GB/128GB. Ia juga dilengkapi dengan kamera utama 12MP + 5MP, kamera hadapan 20MP, sokongan imbasan wajah inframerah, serta membawa kapasiti bateri 4000 mAh. Ia telah sedia ditawarkan di Malaysia pada harga RM1299 (6GB RAM + 64GB) dan RM1499 (6GB RAM + 128GB) dalam dua pilihan warna iaitu Graphite Black dan Steel Blue....
Ulasan: Xiaomi Mi A2
8. Ulasan: Xiaomi Mi A2
 
Xiaomi Mi A2 merupakan model pembaharuan kepada Xiaomi Mi A2 dengan menampilkan rekaan skrin moden, cip pemprosesan yang lebih pantas, bersama keupayaan kamera yang lebih baik. Ia didatangkan dengan skrin 5.99-inci IPS LCD FHD+, cip Qualcomm Snapdragon 660, pilihan memori 4GB atau 6GB RAM, dan pilihan storan dalaman 64GB atau 128GB. Ia juga dilengkapi dengan kamera utama 12MP + 20MP, kamera hadapan 20MP, serta membawa kapasiti bateri 3010 mAh. Ia telah dijual di Malaysia pada harga RM999 (4GB RAM + 64GB) dan RM1199 (6GB RAM + 128GB) dalam tiga pilihan warna iaitu Black, Blue, dan Gold....
Jangan Beli OnePlus 6 Sebelum Tonton Video Ini
9. Jangan Beli OnePlus 6 Sebelum Tonton Video Ini
 
Jenama peranti OnePlus mempunyai peminat mereka sendiri dan kali ini OnePlus telah memasukkan model terbaru mereka di Malaysia melalui pengedar sah yang baru iaitu Mi Han Sdn Bhd. Peranti Kelas Utama ini menggunakan Cip Pemprocess Snapdragon 845 bersama 6GB Storan dan mempunyai pilihan sehingga 8GB RAM dan 256GB Storan....