Seindah 7 Warna Pelangi

iflix
Seindah 7 Warna Pelangi

Seindah 7 Warna Pelangi

  • TV-PG
  • 2020
  • 1 Season
StarringAeril ZafrelNabila RazaliHun HaqeemRaja AfiqWilma MuhammadAidil AzizElly MazleinSahronizam NoorRiz AminNazeera SardiWanna AliLaila NasirHairie OthmanJalaludin HassanWanns AhmadCassia ImanMunira IwanDoriaSarah HildebrandIswan IsmailHamidah WahabZazeli BagindaDirectorEoon Shuhaini
Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman. Sakitnya luka lama masih terasa. Bekas suaminya, Andika mahu memenangi hati isterinya semula. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Season 1

28 Episodes
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 1now playing
1. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 1
 
Ehsan meminta semua ahli keluarganya pulang untuk urusan pembahagian hibah atas permintaan Tok Ayah yang semakin uzur. Andika yang berada di UK dan Aira di Indonesia segera pulang seperti diminta. Aira sangat teruja apabila bertentang mata dengan Andika setelah tiga tahun tidak bertemu. Aura pesona dan kematangan Andika makin terserlah di mata Aira sejak dia belajar di luar negara. Penampilannya juga makin bergaya dengan barangan berjenama yang dipakainya. Namun, Andika acuh tak acuh saja dengan Aira hingga menyebabkan Aira terasa hati. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 2
2. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 2
 
Andika mempertikaikan hibah tersebut kerana harta yang dijanjikan Tok Ayah dahulu telah diwariskan kepada sepupunya, Aira. Dia bertemu Ehsan sebagai bantahan, namun dimarahi ayahnya kerana tindakannya itu akan membuatkan Tok Ayah kecewa. Andika menuduh Aira bijak membodek Tok Ayah hingga Tok Ayah bertukar fikiran dan harta tersebut diserahkan kepadanya. Aira merayu Ehsan agar bahagiannya diberikan kepada Andika jika itu boleh membahagiakan Andika. Ehsan membantah kerana ia adalah amanah Tok Ayah. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 3
3. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 3
 
Andika mahu pulang ke UK untuk mengahwini kekasihnya, Irdina sebagai syarat agar pusaka segera berpindah milik kepadanya. Namun, Irdina masih belum bersedia untuk memeluk Islam. Andika tuduh Irdina tidak serius dalam hubungan mereka. Meskipun Andika tidak mengendahkan Aira, namun Aira tetap melayannya dengan baik dan sering masakkan makanan istimewa untuk Andika. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 4
4. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 4
 
Kematian Tok Ayah telah merentap hati seisi keluarga khususnya Andika. Dia kesal dan sedih kerana merajuk dengan Tok Ayah pada hari-hari terakhir arwah. Dia banyak bermenung dan melayan perasaan. Keadaan ini menyebabkan Andika jatuh sakit. Aira dengan rela hati menjaga Andika yang sakit meskipun kebaikannya itu sering disalah anggap. Akhirnya, layanan Aira berjaya melunakkan jiwa Andika. Andika tawar hati untuk pulang ke UK semula lantas memutuskan hubungannya dengan Irdina. Dia mula berkira-kira untuk mendapatlan semula haknya. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 5
5. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 5
 
Permintaan Andika agar melamar Aira sebagai isteri mengejutkan ibu dan ayahnya. Reyhan merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena di sebalik lamaran tersebut kerana segalanya berlaku secara drastik. Aira pula teruja apabila dilamar insan yang diminatinya sejak kecil. Malah, sikap dan perhatian Andika terhadap Aira yang berubah menjadi sangat romantis dan ‘protective’ juga membuatkan Aira rasa begitu dihargai. Aira sanggup melupakan cita-citanya ke menara gading demi cintanya terhadap Andika. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 6
6. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 6
 
Kedatangan Irdina menggemparkan keluarga hingga majlis tertunda seketika. Irdina sangat kecewa kerana Andika mungkir janji setelah dia banyak berkorban dan banyak berhabis duit demi Andika. Andika yang hampir-hampir terkantoi di hadapan keluarganya bertegas mengatakan dia dengan Irdina dah tak ada apa-apa hubungan. Farouk, sahabat lama Andika tiba-tiba muncul di majlis pernikahan Reyhan. Farouk datang dengan agenda tersendiri kerana dia mendapat tahu bahawa Andika baru mewarisi harta warisan yang lumayan. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 7
7. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 7
 
Reyhan mengingatkan Andika supaya menjaga adik kesayangannya dengan baik dan jangan kecewakan Aira. Aira pula sangat teruja berpindah ke banglo Andika untuk memulakan hidup baru di samping suami tercinta. Dia belajar untuk menjadi isteri yang sempurna. Aira belajar masak dengan Mariam. Andika memulakan perancangan liciknya bersama Farouk dan meminta Farouk merahsiakannya. Dia berkira-kira untuk mengubah suai rumah pusaka Tok Ayah menjadi pejabat ladangnya yang baru. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 8
8. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 8
 
Berita kehamilan Aira disambut gembira kerana ini adalah cucu sulung dalam keluarga besar mereka. Andika sendiri tak sangka secepat ini dia akan bergelar ayah. Andika berubah jadi sangat romantis terhadap Aira dan melayan Aira umpama ‘permaisuri’ meskipun dia yang teruk mengalami alahan. Dalam pada itu, Andika tak sabar-sabar nak memulakan bisnes apatah lagi setelah melihat Reyhan makin sukses di ladang lembunya. Farouk mula memainkan peranannya untuk ‘mempercepatkan’ projek-projek Andika dengan menggunakan pengaruh ayahnya. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 9
9. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 9
 
Kelahiran Sofia Tihani memberi sinar baharu buat Andika dan Aira. Aira rasa sangat bertuah kerana bergelar ibu pada usia muda. Mariam pula berbesar hati untuk menjaga Sofia dan Aira yang sedang berpantang. Perniagaan yang makin berkembang membuatkan Andika makin sibuk hingga kurang masa untuk Aira. Aira pula diburu rasa cemburu apabila Andika lebih beri perhatian kepada Sofia berbanding dirinya. Andika semakin licik untuk segera menukarkan nama atas geran Aira kepada namanya. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 10
10. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 10
 
Andika marah dan kecewa setelah mengetahui Farouk pecah amanah. Wang untuk membayar kontraktor disonglapnya hingga Andika rugi puluhan ribu ringgit menyebabkan Andika menamatkan khidmat Farouk. Farouk berdendam dan tidak puas hati sedangkan dia sebarnya diburu Ah Long. Aira menawar diri untuk membantu, namun Andika yang ego, enggan berkongsi masalah. Reyhan pula jatuh hati dengan Aisyah, doktor veterinar yang baru bertugas di ladangnya. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 11
11. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 11
 
Mesej misteri daripada seseorang yang tidak dikenali menyebabkan Aira dan Andika berbalah. Andika menafikan dan berkeras mengatakan bahawa semua itu adalah ‘scammer’. Dalam diam, Aira telah ke rumah pusaka Tok Ayah. Dia kecewa melihat projek pengubahsuaian yang dilakukan ke atas rumah tersebut. Reyhan pula mendapat bukti bahawa ada percubaan Andika untuk menukar nama pada geran tetapi proses itu terbatal. Andika yang rasa bersalah mahu hadiahkan hartanah di Cameron Highland untuk Aira demi menebus kesilapannya. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 12
12. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 12
 
Farouk memerangkap Andika dan Viona di sebuah rumah di Cameron Highland. Aira dengan ditemani Reyhan melihat sendiri ‘kecurangan’ Andika. Reyhan hilang sabar telah bertindak menumbuk Andika. Pergaduhan besar tercetus hingga Aira nekad berpisah. Tragedi ini menyebabkan hubungan kekeluargaan mereka mula retak. Zawiyah dan Kamariah saling berbalah dan menyalahkan menantu masing-masing. Andika beri kata dua kepada Aira sebagai ‘amaran’ namun Aira menganggap Andika telah menceraikannya. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 13
13. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 13
 
Aira membawa diri ke rumah ibu angkatnya, Ibu Tini di Indonesia yang dikenalinya sejak program CSR. Ibu Tini dan anaknya, Agus Putra membantu Aira untuk pulih daripada traumanya. Dalam diam, Agus terpaut hati kepada Aira. Di sana, Aira belajar hidup berdikari dan keluar daripada ‘comfort zone'. Sepanjang ketiadaan Aira, Andika membesarkan Sofia dengan bantuan adiknya, Arjuna serta sepupu-sepupunya yang lain. Kehilangan Aira benar-benar memberi kesan kepada Andika. Dia terus berusaha menjejak Aira. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 14
14. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 14
 
Dengan bantuan Zara, akhirnya Andika berjaya menjejak Aira di Indonesia. Namun, kehadiran Andika langsung tidak diendahkan dan Aira tidak mampu memaafkan Andika. Keberadaan Hadi di sana juga mencetus rasa cemburu di hati Andika. Dalam masa yang sama, Arjuna mendapat tawaran sebagai duta produk yang lumayan jumlahnya. Ernie mula mengambil kesempatan dengan meminta barangan yang mahal-mahal daripada Arjuna. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 15
15. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 15
 
Aira tergamam dan dalam dilema apabila Hadi melamarnya sebagai isteri. Meskipun dia menyenangi Hadi, namun Aira sendiri sebenarnya masih ragu-ragu dengan statusnya apatah lagi masih trauma atas apa yang berlaku. Hubungan Reyhan dan Aisyah pula semakin rapat selepas Aisyah putus tunang. Sofia pula rasa sedih apabila melihat rakan-rakan TADIKAnya bermesra dan bermanja dengan ibu masing-masing. Lantaran itu, Sofia bertanyakan Andika di mana ibu kandungnya. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 16
16. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 16
 
Andika tidak menyangka yang Irdina tiba-tiba muncul. Irdina mahu mengundang Andika majlis perkahwinannya. Dia kini bergelar mualaf dan sudah berhijab. Deniz pula datang ke Malaysia atas undangan adik tirinya, Aisyah demi meraikan hari bahagianya. Kehadirannya menjentik hati Arjuna dan Iskandar hingga menimbulkan persaingan sesama mereka. Andika pula melepaskan rindu terhadap Aira dengan melihat semua ‘kenangan’ yang ditinggalkan Aira di dalam sebuah bilik khas. Tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke bilik itu termasuklah Sofia. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 17
17. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 17
 
Hati Aira meronta-ronta untuk pulang ke Malaysia setelah ibunya memberitahu yang Reyhan bakal bernikah dengan Aisyah. Namun, dia belum kuat dan dalam dilema untuk berhadapan dengan Andika meskipun terlalu rindukan Sofia. Andika masih berharap agar Aira akan pulang. Meskipun Reyhan masih terkilan dengan apa yang berlaku, namun dia sangat menghargai kesungguhan Andika membantunya mengurus persiapan majlis perkahwinannya. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 18
18. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 18
 
Reyhan terkejut apabila Aira tiba-tiba muncul di halaman rumahnya. Kepulangan Aira disambut keluarga dengan kesyukuran dan air mata. Kepulangannya dirahsiakan keluarga demi mengelakkan konflik tercetus lagi. Andika pula berasa pelik kerana semua orang seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya. Aira sayu apabila bertemu dengan anaknya, Sofia Tihani. Namun, dia belum mampu untuk menggelar dirinya sebagai ‘Mama’ kepada Sofia dan memperkenalkannya sebagai Auntie Aira. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 19
19. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 19
 
Andika tidak percaya bahawa Aira sudah kembali. Meskipun teruja dengan kepulangan Aira, namun dia tak dapat mengawal rasa terkilannya kerana Aira sanggup meninggalkan Sofia dan nusyuz terhadapnya. Aira tercabar dengan tuduhan Andika dan yakin yang mereka sudah bercerai tetapi Andika menafikannya. Mariam memujuk Aira supaya memaafkan Andika demi Sofia dan ukhuwah keluarga mereka. Iskandar pula cemburu apabila Deniz makin mesra dengan Arjuna. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 20
20. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 20
 
Kehadiran Farouk di majlis walimah Reyhan menimbulkan rasa kurang senang Andika dan Arjuna. Farouk juga makin galak memuji dan cuba memikat Aira yang makin cantik menawan hingga mengundang cemburu Andika. Usai majlis, mereka sekeluarga bersepakat untuk bercuti di Lata Pelangi milik arwah Tok Ayah. Peluang yang ada digunakan Andika untuk merapati Aira. Namun, Aira tidak dapat menerima Andika semula dan mahu Andika melepaskannya secara sah. Aira nekad dan mengambil keputusan mahu pulang semula ke Indonesia. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 21
21. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 21
 
Arjuna menawar diri untuk menghantar Aira pulang ke KLIA. Ketika dalam perjalanan, kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan ngeri hingga menyebabkan mereka koma dan kritikal. Tragedi yang menimpa mereka menguji mereka sekeluarga. Andika sangat tertekan dengan apa yang berlaku dan sangat bimbang akan kehilangan orang-orang yang disayanginya. Dia semakin mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apa yang berlaku telah menyatukan hubungan mereka sekeluarga semula khususnya Zawiyah dan Kamariah. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 22
22. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 22
 
Sebaik sedar, Aira tidak lagi ingat apa yang berlaku dan siapa dia sekarang. Memorinya kekal hingga usia 20 tahun saja. Doktor mengesahkan bahawa Aira amnesia dan memerlukan masa yang sukar dijangka untuk sembuh. Arjuna pula terus koma dan terlantar di hospital. Kekasihnya, Ernie enggan meneruskan hubungan bersama Arjuna kerana tidak mahu membuang masa menunggu lelaki koma. Apatah lagi cita-cita Arjuna untuk bergelar model antarabangsa kian musnah setelah doktor mengesahkan bahawa Arjuna mungkin mengalami kecacatan kekal. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 23
23. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 23
 
Emran dan Zawiyah nekad untuk membawa Aira pulang ke Batu Pahat meskipun Andika berkeras mahu menjaga Aira. Emran tidak mahu fikiran Aira terganggu hingga mengganggu proses pemulihannya. Emran melarang Andika bertemu Aira lagi. Tambahan pula, dia tidak mahu Andika mengambil kesempatan atas apa yang Aira lalui sekarang. Aira pula makin diamuk rindu terhadap Andika. Hadi pula datang untuk menziarahi Aira, namun malangnya Aira langsung tidak ‘mengenali’ Hadi. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 24
24. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 24
 
Andika kecewa apabila Emran memintanya agar melepaskan Aira kerana Aira kini tidak lagi seperti dahulu. Andika tidak pernah terfikir untuk menceraikan Aira. Dia tetap berusaha untuk memenangi hati Emran dan Zawiyah serta cuba untuk memikat Aira semula. Macam-macam cara digunakan Andika untuk mengembalikan keyakinan Aira dan keluarga. Akhirnya, mereka bersatu semula. Aira membawa Aira ‘berbulan madu’ di Cameron Highlands. Tanpa diduga, Aira bertembung dengan Farouk namun Aira tidak mengenali Farouk. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 25
25. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 25
 
Farouk mengugut Andika agar membayarnya RM100,000 jika mahu dia merahsiakan kisah silam Andika. Andika mahu membuat perhitungan terakhir dengan Farouk. Mereka berjanji untuk bertemu di Lata Pelangi dan Andika akan memberikan wang diminta. Aira yang kebosanan di rumah telah mengajak Deniz membawanya berjalan-jalan di bandar. Tanpa diduga, Aira telah bertemu Viona ketika sedang membeli-belah. Viona pelik kerana Aira langsung tidak mengenalinya. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 26
26. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 26
 
Viona memohon maaf atas apa yang berlaku kerana dia sebenarnya diugut Farouk jika mahu lelaki itu bertanggungjawab atas kandungannya. Viona menceritakan semua yang berlaku di Cameron Highlands membuatkan memori Aira berputar semula mengingatkan apa yang berlaku. Iskandar pula resah apabila Deniz mahu pulang ke Turki kerana tempoh visanya hampir tamat. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 27
27. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 27
 
Andika mengesyaki ada sesuatu yang berlaku apabila Aira tiba-tiba berubah dan menjauhkan diri daripadanya. Aisyah yang hamil anak sulung pula mengindamkan rendang ayam hutan. Ketika menemani Reyhan memburu di sekitar Lata Pelangi, Andika telah dipatuk ular hingga dia di ambang maut. Aira kembali trauma kerana takut akan kehilangan Andika. Sepanjang Andika di hospital, Aira yang menemani dan bersengkang mata menemani suaminya. Arjuna sedar daripada koma. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....
Seindah 7 Warna Pelangi Episode 28
28. Seindah 7 Warna Pelangi Episode 28
 
Arjuna mahu memulakan hidup baru dan mahu melupakan bidang modeling yang diceburinya dahulu. Iskandar pula mengambil keputusan untuk melamar Deniz sebagai isterinya. Hubungan Aira dan Andika semakin akrab dan penuh warna cinta. Andika mengizinkan Aira untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi, namun Aira lebih bahagia bersama Andika dan anak mereka Sofia. Andika pula berjanji akan terus menyintai Aira hingga ke syurga. Saksikan Seindah 7 Warna Pelangi sekarang....