Dia Menantu Rahsia

iflix

Dia Menantu Rahsia

  • TV-G
  • 2019
Pertunangan antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan ibu Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir yang merupakan pemilik Book Cafe tempat Melissa bekerja. Syakir telah melamar Melissa kerana rasa terpanggil untuk melindungi Melissa dari terus menjadi mangsa kekasaran Zamer. Syakir juga tidak mahu fikirannya dibebani dengan permintaan ibunya, Puan Sarah yang inginkan dirinya menerima cinta Engku Kamelia. Lamaran daripada Syakir diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Mungkinkah wujud rasa bahagia dan cinta di hati mereka? Dapatkah kehadiran Melissa diterima dalam keluarga Syakir?...
GenresDramaStarringAshraf MuslimRaysha RizroseSyazuwan HassanMona AllenReza HasbiAfzan A.RahmanAisya HasnaaFazlina Hj Ahmad DaudRidzuan HashimAida KhalidaWilmaDirectorMohd. Fazli Yahya