Pesan Pada Hati

iflix

Pesan Pada Hati

  • TV-G
  • 2019
  • 1 Season
Yusuf dan Zulaikha jatuh cinta namun terputus di tengah jalan. Pada awalnya, Zulaikha tidak menyukai Yusuf dan sering jual mahal apabila Yusuf ingin mendekatinya. Zulaikha risau kerana ibunya, Hajar pernah berpesan untuk tidak jatuh cinta pada lelaki di Kuala Lumpur. Yusuf melamar Zulaikha namun pada hari yang sama Zulaikha pulang ke kampung untuk memberitahu mengenai lamaran Yusuf, mereka dikejutkan dengan berita kemalangan yang telah meragut nyawa Aakif dan isterinya Maryam. Zulaikha akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan perhubungannya dengan Yusuf dan tidak lagi kembali ke Kuala Lumpur. Yusuf kecewa kerana Zulaikha menghilangkan diri tanpa khabar berita. Takdir seperti mempermainkan mereka, apabila mereka kembali bertemu kembali. Semuanya terjadi apabila Zulaikha perlu mencari keluarga Maryam untuk meminta pertolongan membiayai rawatan Dayyan, anak Akif dan Maryam yang jatuh sakit. Yusuf pula masih menyimpan dendam atas kematian Maryam dan menjadikan Zulaikha sebagai tempat untuk dia membalas dendam. Yusuf setuju untuk membantu, tetapi dengan syarat Zulaikha perlu menjadi hambanya. Mungkinkah tiada lagi cinta di hati Yusuf buat Zulaikha?...
GenresDramaStarringShukri YahayaNabila RazaliSara AliDirectorRaja Ahmad Alauddin & Natasya Nasir