Tak Sempurna Mencintaimu

iflix

Tak Sempurna Mencintaimu

  • TV-G
  • 2021
  • 1 Season
Mustaqim yang sebelum ini pernah kecewa dengan sikap wanita yang telah menghancurkan hidupnya tiba-tiba jatuh hati dengan Siratul, seorang gadis kampung yang sangat kuat dan tabah untuk mengharungi setiap cabaran yang dialaminya. Siratul juga yang sebelum ini sangat benci dengan keangkuhan dan lagak Taqim akhirnya menerima kedatangan Taqim dalam hidupnya. Mereka bertemu akibat sebuah 'kemalangan' yang berlaku diantara Safwan, adik kepada Siratul dengan Mustaqim. Tetapi munculnya Melissa, ibu tiri muda dan isteri kedua kepada ayah Mustaqim yang menaruh harapan dan cintanya terhadap Taqim. Melissa tidak boleh terima kenyataan akan ada wanita lain yang dapat memiliki Taqim. Dugaan demi dugaan datang menguji namun cinta Taqim terhadap Sirat tetap utuh. Melissa benar-benar rasa tercabar dan mula bertindak di luar kawalan sehingga mengancam nyawa Sirat. Taqim yang baru saja kematian daddynya benar-benar rasa tersepit dan tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan kehilangan orang yang disayang. Taqim terpaksa penuhi permintaan Melissa demi menyelamatkan nyawa Sirat....
GenresRomanceSubtitlesEnglishMalayStarringRedza RosliIntan NajuwaRita NadiraFendy BakryNafiez ZaidiAniq SuhairWan MaimunahDirectorEmi Suffian