Love You Mr. Arrogant

iflix
Love You Mr. Arrogant

Love You Mr. Arrogant

  • TV-G
  • 2013
  • 1 Season
StarringZara ZyaAzlee KhairiHanez SurayaKeith FooAnzalna NasriNorish KarmanDirectorEoon Suhaini
Mengisahkan Zaara Amirah yang terperangkap dengan lamaran paksa dari seorang lelaki yang yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Kerana ingin mengelak dari mengahwini pilihan ibunya, Zafriel memaksa Zaara menjadi isterinya dengan menjanjikan sebuah Janji. Keputusan Zaara itu membuatkan hidupnya kacau bilau bila apabila terpaksa melayan sikap suaminya yang sangat ego. Adakah bahagia buat Zaara?...
Season 1

26 Episodes
Episode 1now playing
1. Episode 1
 
Cereka bersiri ini bermula apabila kereta yang dipandu oleh Zara, seorang gadis periang telah dilanggar dari belakang oleh Zafrel Irham, seorang jejaka kaya yang angkuh. Zafrel dengan keangkuhannya terus menyalahkan Zara lalu menuntut ganti rugi sebanyak lima ribu ringgit. Zara yang tidak mampu membayarnya telah mencagarkan telefon bimbit milik beliau sementara berusaha untuk mengumpul wang untuk membayarnya. Apabila tiba masa yang telah ditetapkan, Zara tidak mampu menyelesaikannya lalu pergi ke pejabat Zafrel untuk meminta tempoh tetapi malangnya telah diusir. Zara yang dalam kesedihan itu tergesa-gesa keluar dari situ lalu tidak sengaja telah terlanggar Dato Zahir, bapa kepada Zafrel. Setelah berkali-kali meminta maaf Zara pun meninggalkan tempat tersebut. Dato Zahir berkenan dengan sikap Zara lalu beliau mempunyai perancangan untuk masa depan anaknya itu. Beliau telah memberikan kata dua kepada Zafrel supaya berumah tangga secepat mungkin atau kehilangan syarikat yang bakal diwarisinya dan akan diberikan kepada sepupunya Hardy....
Episode 2
2. Episode 2
 
Episod ini mengisahkan Zafrel walaupun sudah mempunyai teman wanita bernama Sherry, masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Beliau kemudiannya mendapat suatu muslihat bagi menyelesaikan situasi tersebut lalu menghubungi ibu Zara dan menyatakan akan menghantar suatu rombongan untuk meminang Zara. Zafrel sebenarnya ingin memperalatkan Zara dan Zara pula tanpa banyak bicara menerimanya walaupun tahu akan risiko hidup bersama lelaki yang angkuh itu. Sementara itu pula ketika Zafrel dan Zara sedang mencuba pakaian pengantin di sebuah butik, mereka telah terserempak dengan Sherry....
Episode 3
3. Episode 3
 
Episod Ini Mengisahkan Majlis Perkahwinan Di Antara Zafrel Dan Zara Berlangsung Dengan Serba Serdahana. Walau Pun Datin Maryam Ibu Kepada Zafrel Tidak Bersetuju Dengan Perkahwinan Tersebut, Tetapi Beliau Terpaksa Akur Dengan Suaminya Yang Begitu Gembira Dengan 'Pilihan' Zafrel. Keluarga Zafrel Juga Turut Merahsiakan Perkahwinan Tersebut Dari Pengetahuan Sherry. Di Malam Pertama Perkahwinan Mereka, Zafrel Memberitahu Zara Tentang Muslihat Beliau Terhadap Perkahwinan Mereka Itu. Zara Berasa Sedih Tetapi Tetap Pasrah Tentang Masa Depan Mereka Bersama....
Episode 4
4. Episode 4
 
Episod Ini Mengisahkan Zara Memberitahu Suaminya Yang Beliau Ikhlas Untuk Menjadi Isterinya. Zafrel Berpura-Pura Mesra Bersama Zara Di Hadapan Keluarganya Tetapi Bersikap Kasar Di Sebaliknya. Walaupun Didera Secara Batin, Namum Zara Tetap Pasrah. Sementara Itu Pula Kakak Zafrel Yang Bernama Zafrina Serta Suaminya Munir Yang Menetap Di London Pulang Ke Tanah Air. Beliau Tidak Menyukai Zara Lalu Memberitahu Sherry Tentang Perkahwinan Zafrel. Sherry Telah Menyerang Zafrel Di Pejabatnya Tetapi Tidak Berpuas Hati Lalu Pergi Ke Rumah Datin Maryam Untuk Menyerang Zara Pula....
Episode 5
5. Episode 5
 
Episod Ini Mengisahkan Zafrel Membela Isterinya, Zarra Apabila Di Serang Oleh Sherry. Zarra Yang Cuba Menyesuaikan Diri Di Kediaman Tersebut Merasa Sunyi Lalu Meminta Kebenaran Suaminya Untuk Kembali Bertugas Di Pejabat. Dalam Masa Yang Sama, Datin Maryam Berusaha Sedaya Upaya Untuk Menggagalkan Rumahtangga Zafrel Bersama Zara Dan Memberikan Harapan Yang Tinggi Kepada Sherry Agar Dapat Menjadi Menantunya. Sementara Itu Pula, Secara Kebetulan Zara Berkesempatan Berbicara Bersama Hadry Yang Mengetahui Tentang Situasi Semasa Rumahtangga Beliau....
Episode 6
6. Episode 6
 
Episod Ini Mengisahkan Datin Maryam Sering Menghina Zara Dengan Mengeluarkan Kata-Kata Kesat Apabila Zafrel Tiada Di Rumah. Zara Hanya Mendiamkan Dirinya Serta Enggan Memberitahu Suaminya. Zafrina Yang Bersekongkol Dengan Ibunya Juga Mempunyai Rancangan Tersendiri Untuk Menyingkirkan Zara. Sementara Itu, Hubungan Zara Dan Zafrel Menampakkan Sedikit Kemajuan Di Mana Zara Banyak Memainkan Peranan Melemahkan Ego Suaminya Walaupun Mengetahui Tentang Risiko Tersebut. Hadry Pula Telah Memulakan Tugasnya Di Pejabat Yang Sama Dengan Zara Menyebabkan Wanita Tersebut Berasa Bingung Tentang Kehadiran Sepupu Suaminya Itu....
Episode 7
7. Episode 7
 
Episod ini mengisahkan Hadry mengaku menaruh hati terhadap Zara tetapi wanita tersebut hanya menganggapnya sebagai suatu gurauan. Ketika waktu pulang dari pejabat Zara telah diganggu oleh Faizal, seorang rakan sekerja yang juga menaruh terhadapnya. Zara terpaksa bergelut dengan lelaki tersebut menyebabkan beliau tergelincir lalu jatuh dan tidak sedarkan diri. Faizal panik , lalu kemudiannya telah melarikan diri. Zafrel yang bimbang terhadap keselamatan isterinya yang lewat pulang ke rumah telah menemui Zara lalu membawanya ke sebuah klinik akibat kaki terseliuh. Zafrel mengsyaki ada sesuatu yang tidak kena lalu meminta kebenaran Mr Raymond untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku melalui rakaman CCTV....
Episode 8
8. Episode 8
 
Episod ini mengisahkan sebelum Zafrel meninggalkan pejabat isterinya beliau telah terserempak dengan Hadry. Beliau berjaya mendapatkan alamat Faizal dan bergegas ke kediaman lelaki tersebut lalu membelasah serta memberi amaran kepada lelaki yang menganggu Zara. Zafrel kemudiannya berasa keliru tentang apa yang telah dilakukannya. Beliau cuba memujuk hatinya yang kini berasa cemburu sedangkan antara beliau dan Zara tidak saling cinta mencintai. Setibanya Zafrel di rumah, kemarahannya semakin menjadi-jadi apabila diberitahu oleh orang gajinya yang ibunya sengaja tidak memberikan sebarang makanan kepada Zara yang sedang sakit itu....
Episode 9
9. Episode 9
 
Selepas selesai kerja Zaara pulang semula kerumahnya hanya seketika tetapi suaminya datang menjemput seolah-olah tidak boleh beranggang dengan Zaara, itulah yang di usikkan oleh Fiz. Zaara terpaksa ikut kehendak suaminya untuk pulang kerumah tetapi dengan kereta masing-masing. Dalam perjalanan pulang, Zaara telah berhenti disebuah pasar malam yang mana Irham terpaksa pulak ikut kehendak isterinya untuk makan ayam percik. Disinilah Irham cuba menyentuh tangan Zaara sewaktu melintas jalan tetapi dengan penuh lagak membuatkan Zaara merasa tak selesa dan kehairanan (sayang jugak dia dekat aku). Irham pants mengajak Zaara pulang kononnya tak selesa dengan suasana di pasar malam yang berhabuk serta orang ramai tak layak dengan dirinya yang dikatakan “high class”....
Episode 10
10. Episode 10
 
Zaara terselamat pada malam itu. Di siang hari Zaara dengan rutin harian membasuh keretanya tetapi Irham dengan berlagaknya memerintah Zaara membasuh keretanya pula. Zaara yang bengang tetapi dia basuh juga bila Irham mengugutnya untuk meragut dara Zaara yang sememangnya menjadi tanggungjawab Irham tetapi Zaara belum bersedia kearah itu. Tan Sri Zahir yang menonton gelagat anaknya bergurau senda bersama Zaara menarik minatnya dan tersenyum sendirian tetapi berbeza dengan Puan Sri Maryam yang tak suka dengan sikap Zaara yang tak setaraf dengan anaknya. Zaara meminta izin untuk keluar bersama Fiz, tetapi Irham tidak mengizinkan malah dia pula nak ikut....
Episode 11
11. Episode 11
 
Episod ini mengisahkan keluarga Sherry yang menetap di London sebenarnya adalah pelabur yang terbesar dalam syarikat Dato Zahir. Zafrel berdepan dengan Hadry mengenai perasaannya terhadap Zara. Hadry menafikannya tetapi dalam hati beliau sebaliknya. Sementara itu pula, Faizal telah dipecat dari pekerjannya tetapi sebelum beliau meninggalkan pejabat tersebut, beliau sempat mencuri dairi Zara yang mengandungi salinan photostat kad pengenalan wanita itu....
Episode 12
12. Episode 12
 
Episod ini mengisahkan Sherry semakin berani dan tanpa segan silu cuba menggoda Zafrel. Zafrel pula sering terbayangkan Zara di sisinya. Dato Zahid memberikan nasihat yang panjang lebar kepada anak lelakinya itu supaya tidak beterusan menyeksa batin Zara. Zafrel kemudiannya membawa isterinya pulang dari kampung. Dalam masa yang sama beliau semakin tertarik kepada Zara tetapi keegoannya mengatasi segalanya. Sementara itu pula, Hadry semasa menghantar Zara pulang dari pejabat dengan kenderaannya telah cuba menyentuh tangan Zara menyebabkan wanita tersebut panik. Apabila sampai di rumah, Datin Maryam bersama Zafarina telah sedia menunggu lalu menghamburkan kata-kata kesat terhadap wanita yang malang itu....
Episode 13
13. Episode 13
 
Episod ini mengisahkan Zara cuba mengajak suaminya berpindah dari rumah tersebut. Pada suatu ketika, Zafrel telah menengking Sherry dan secara tidak sengaja telah meninggikan suaranya terhadap Datin Maryam menyebabkan ibunya menuduh anaknya telah dibomohkan oleh Zara. Sementara itu pula, seorang wanita yang mengalami masalah rumah tangga bernama Safia telah memohon pekerjaan di syarikat Dato Zahir. Semasa ditemuduga, Zafrel tanpa banyak bicara telah menolak permohonan wanita tersebut. Safia sebenarnya telah mengenali Zafrel sebelum ini....
Episode 14
14. Episode 14
 
Irham kelihatan tak selesa dengan rumah kampung tambahan pula katil yang beralaskan tilam nipis,tetapi disebabkan keletihan dia tertidur juga diatas katil yang pada mulanya dia tak suka. Zaara yang melihat suaminya tidur merasa terharu kesungguhan Irham mencari tukang urut kampung. Sewaktu sesi mengurut bersama tukang urut kampung Zaara meminta Irham menemaninya. Zaara yang mengerang kesakitan sewaktu diurut berpegangan tangan dengan Irham, sedikit sebanyak mula timbul rasa cinta.Selesai mengurut, Zaara dinasihatkan agar tinggal dikampung selama seminggu untuk sesi lanjutan mengurut, ini membuatkan Irham keberatan hendak meninggalkan Zaara sendirian di kampung, tetapi dia terpaksa membuat keputusan untuk pulang ke KL sendirian dengan sikap berlagaknya yang masih belum terkakis....
Episode 15
15. Episode 15
 
Dato Zahir Setuju Dengan Keputusan Zafrel Untuk Berpindah Walaupun Mendapat Tentangan Hebat Dari Datin Maryam. Sewaktu Sedang Menolong Zafrel Dan Zara Berpindah, Hadry Mensyaki Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dalam Rumah Tangga Pasangan Tersebut. Dalam Masa Yang Sama, Datin Maryam Dan Zafarina Sedang Giat Merancang Supaya Sherry Dapat Bersuamikan Zafrel. Sementara Itu Pula, Kemelut Rumah Tangga Safia Masih Berlarutan Dan Kesempatan Ini Digunakan Oleh Suatu Sindiket Untuk Memperdayakan Beliau....
Episode 16
16. Episode 16
 
Episod Ini Mengisahkan Safia Mendapat Tahu Yang Suaminya Adalah Seorang Kaki Judi. Datin Maryam Purapura Jatuh Sakit Lalu Menyatakan Amanatnya Yang Terakhir Kepada Zafrel Supaya Memperisterikan Sherry. Zafel Menjadi Serba Salah Kerana Beliau Tidak Mencintai Wanita Tersebut Tetapi Dalam Masa Yang Sama Beliau Juga Masih Enggan Melafazkan Cintanya Terhadap Zara. Sementara Itu Pula, Safia Telah Dibelasah Teruk Oleh Suaminya Akibat Suatu 'Kesilapan' Yang Kecil....
Episode 17
17. Episode 17
 
Episod Ini Mengisahkan Sherry Bukan Seorang Wanita Yang Baik Kerana Beliau Mempunyai Seorang 'Kekasih Gelap' Untuk Memuaskan Nafsunya. Beliau Sebenarnya Mempunyai Muslihat Untuk Mengahwini Zafrel. Ibu Zara Datang Ke Kota Untuk Melawat Anaknya. Beliau Selama Ini Yang Menyangkakan Rumah Tangga Anaknya Itu Bahagia Akhirnya Dapat Merasakan Yang Sesuatu Tidak Kena Di Antara Zara Dan Zafrel. Zafrel Juga Tidak Dapat Berbuat Apa-Apa Selain Daripada Menurut Kehendak Ibunya. Sementara Itu Pula Dalam Suatu Majlis Keramaian Di Kediaman Dato Shahir , Datin Maryam Telah Mengumumkan Yang Zafrel Akan Bertunang Dengan Sherry Tidak Lama Lagi. Dalam Masa Yang Sama, Hadry Bersimpati Dengan Nasib Zara....
Episode 18
18. Episode 18
 
Episod Ini Mengisahkan Zafrel Berasa Hairan Mengapa Zara Sedikit Pun Tidak Menunjukkan Perasaan Cemburunya Terhadap Sherry Tetapi Sherry Sebaliknya Dengan Sengaja Telah Menolak Jatuh Isterinya Itu Ke Dalam Kolam Renang. Kejadian Tersebut Telah Menyebabkan Zara Mengalami Demam Akibat Kesejukan. Zafrel Mengesyaki Sherry Melakukannya Tetapi Gadis Tersebut Menafikannya Dengan Mengatakan Zara Cuba Membunuh Diri Akibat Kecewa Akan Dimadukan. Zafrel Berasa Simpati Terhadap Zara Dan Seperti Biasa Beliau Enggan Melafazkannya Dengan Kata-Kata Tetapi Sebaliknya Beliau Sentiasa Berada Di Sisi Isterinya Yang Sedang Sakit Itu....
Episode 19
19. Episode 19
 
Episod Ini Mengisahkan Zafrel Terpaksa Menurut Kehendak Ibunya Dalam Persediaan Bagi Majlis Perkahwinan Beliau Dengan Sherry. Dalam Masa Yang Sama, Zafrel Juga Mengambil Berat Tentang Keadaan Zara Tetapi Dengan Caranya Yang Tersendiri. Kedua-Dua Pasangan Suami Isteri Ini Semakin Mengenali Di Antara Satu Sama Lain Tetapi Masing-Masing Keras Hati Sehinggalah Pada Suatu Ketika Zara Melafaskan Ungkapan Cintanya Kepada Zafrel. Sementara Itu Pula, Faizal Berjaya Mengesan Kediaman Zafrel Dan Zara....
Episode 20
20. Episode 20
 
Episod Ini Mengisahkan Zara Menceritakan Kepada Hardy Tentang Keadaan Rumah Tangganya Setelah Didesak Beberapa Kali Oleh Lelaki Tersebut. Hardy Yang Marah Dengan Sikap Zafrel Kemudiannya Berdepan Dengan Sepupunya Itu Untuk Memberikannya Sedikit Pengajaran. Zara Tetap Tabah Menjelang Hari Pernikahan Suaminya Bersama Sherry Dan Sesuatu Yang Tidak Diduga Telah Berlaku Ketika Hari Tersebut Apabila Dato Zahir Telah Menceritakan Segala-Galanya Kepada Anaknya Itu Tentang Rancangan Datin Maryam. Zafrel Bersama Zara Terus Meninggalkan Majlis Pernikahan Yang Bakal Berlangsung Itu Menyebabkan Para Hadirin Tergamam....
Episode 21
21. Episode 21
 
Episod Ini Mengisahkan Zafrel Membawa Isterinya Lari Ke Pulau Pinang. Di Sana Mereka Berdua Telah Menginap Di Sebuah Hotel Untuk Mencari Ketenangan Jiwa Dan Juga Berpeluang Untuk Mengenal Isi Hati Masing-Masing. Zafrel Dengan 'Perangai'nya Yang Tersendirinya Cuba Memikat Hati Zara Manakala Zara Pula Pura-Pura Tidak Memahami Perlakuan Suaminya Itu. Dalam Masa Yang Sama, Dato Zahir Merasa Bertanggung Jawab Tentang Majlis Pernikahan Yang Terpaksa Dibatalkan Itu Manakala Datin Maryam Pula Tiba-Tiba Diserang 'Stroke' Akibat Mengalami Tekanan Perasaan Kerana Gagal Bermenantukan Sherry. Sementara Itu Ketika Zara Sedang Bersiar-Siar Di Pantai, Beliau Telah Berkenalan Dengan Safia Yang Secara Kebetulan Turut Berada Di Situ Bersama Anaknya....
Episode 22
22. Episode 22
 
Episod Ini Mengisahkan Datin Maryam Terlantar Di Hospital Akibat Serangan 'Stroke'. Zafira Enggan Melawat Datin Maryam Kerana Menyangkakan Yang Ibunya Hanyalah Berpura Pura Sakit. Sementara Itu Pula Zafrel Sedar Tentang Kehadiran Safia Tetapi Beliau Seolah-Olah Tidak Mengenali Wanita Tersebut Kerana Pernah Pada Suatu Ketika Dahulu, Safia Telah Menolak Lamarannya Dengan Kata-Kata Yang Kesat. Dalam Masa Yang Sama, Hadry Dan Fizah Kelam Kabut Tentang Kehilangan Zafrel Dan Zara....
Episode 23
23. Episode 23
 
Episod ini mengisahkan sekembalinya dari Pulau Pinang, Zafrel mendapatinya ibunya menderita lumpuh separuh badan dan terlantar di hospital. Sebenarnya Sherry telah menolak jatuh Datin Maryam kerana gagal berkahwin dengan Zafrel. Datin Maryam kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah lalu Zafrel dan Zara pindah buat sementara untuk menjaga beliau. Sementara itu pula, Zara telah menghubungi Safia untuk mengetahui kisah sebenarnya di antara wanita tersebut dengan Zafrel....
Episode 24
24. Episode 24
 
Episod ini mengisahkan Sherry telah melawat Datin Maryam lalu berpura-pura meminta maaf. Sementara itu pula Zara mendapati dirinya hamil tetapi beliau merahsiakannya dari sesiapa termasuklah suaminya. Dalam masa yang sama, Datin Maryam masih lagi dengan sikapnya tidak menyukai Zara dan tetap ingin menjodohkan Zafrel bersama Sherry. Zara akhirnya hilang sabar dengan sikap Datin Maryam lalu membuat suatu 'perjanjian sulit' di antara dirinya dengan ibu mentuanya itu, iaitu supaya wanita tersebut 'berdamai' dengannya buat seketika serta menumpukan perhatian untuk pulih semula dan sebagai balasan Zara berjanji akan meninggalkan Zafrel apabila Datin Maryam pulih kelak....
Episode 25
25. Episode 25
 
Irham Membawa Zaara Lari Ke Pulau Pinang Dan Menginap Di Hotel 5 Bintang Mengadap Pantai.Mereka Berdua Melupakan Segala Yang Ditinggalkan Di Kl. Sewaktu Dipantai, Seorang Kanak-Kanak Kecil Memanggil Zaara Dengan Gelaran Mama, Hati Zaara Tersentuh Bila Dia Sepatutnya Dan Boleh Bergelar Ibu.Zaara Kehairanan Dia Terlalu Lama Menanti Kemunculan Suaminya Di Pantai(Sebenarnya Irham Yang Ternampak Ibu Kanak-Kanak Itu Terus Dia Beredar Pergi), Zaara Membuat Keputusan Untuk Kembali Ke Bilik Hotel, Alangkah Terkejutnya Bila Dia Dapati Irham Menangis Sendirian Didalam Bilik Hotel Itu, Zaara Tidak Mahu Menganggu Dia Membiarkan Suaminya Bersendiri. Irham Bersedih Setelah Dia Melihat Safiya Ibu Kepada Anak Kecil Tadi,Irham Membasuh Mukanya Untuk Menemui Zaara Dan Berharap Zaara Tak Tahu Dia Menangis....
Episode 26
26. Episode 26
 
Sewaktu Di Lobi Hotel (Check Out), Safiya Bertemu Sekali Lagi Dengan Irham, Dia Cuba Meminta Maaf Tetapi Irham Seolah-Olah Cuba Nak Melupakan Safiya, Belum Sempat Dia Nak Meluahkan Sesuatu, Zaara Muncul Dan Terus Menegur Safiya. Irham Pantas Untuk Ke Kereta, Sedangkan Zaara Masih Ingin Berbual Dengan Safiya. Dalam Masa Yang Singkat Itu Safiya Menghulurkan Kad Namanya Kepada Zaara Agar Mereka Bersua Kembali. Irham Kembali Ke Rumah Tan Sri Zahir, Dia Amat Risau Kerana Tak Ada Sesiapa Dirumah Kecuali Pembantu Rumah Yang Memberitahu Puan Sri Maryam Kini Berada Di Hospital. Irham Yang Merasa Amat Bersalah Terus Bergegas Ke Hospital Bersama Zaara....