Azhan Rani
Derhaka Seorang Madu
Derhaka Seorang MaduDerhaka Seorang Madu berkisar tentang pasangan suami isteri iaitu Kamal (Azhan Rani) dan Hawa (Lisdawati), mereka dikurniakan dua orang anak, Muaz (Aman Nassim) dan Malissa (Farisha Crosly). Apabila Hawa membenarkan Rozita (Faradhiya) dan anak perempuannya, Icha (Lufya) tinggal di rumah mereka, Kamal secara rahsia telah jatuh cinta terhadap Rozita. Dia membuat keputusan mahu berkahwin dengan Rozita. Sejak berkahwin dengan Rozita, cara Kamal melayan Hawa telah berubah. Dia sangat jarang menziarahi Hawa dan anak-anak mereka, apa lagi ingin memberi nafkah. Jika Kamal menemui Hawa, ia akan berakhir dengan pergaduhan. Ditambah pula, Rozita sering menghasut dan memburuk-burukkan madunya itu dengan pelbagai tohmahan. Rozita menuduh Hawa telah memalukannya di khalayak sedangkan Hawa tidak sengaja terlanggar Rozita pada waktu itu. Melihat suaminya kerap kali pulang ke rumah dengan kepenatan, Rozita memberi cadangan kepada Kamal untuk berhenti bekerja dan membuka restoran. Kamal keberatan kerana ia memerlukan modal yang besar. Rozita meyakinkan Kamal yang dia sudah mempunyai perancangan untuk mendapatkan modal. Hawa tiba-tiba terkejut apabila Kamal mengarahkannya membuat pinjaman peribadi mewakili mereka berdua sebagai modal perniagaan. Pada mulanya, Hawa enggan menuruti permintaan Kamal namun bersetuju setelah dipujuk berulang kali dan dijanjikan hak ke atas restoran tersebut. Rozita sebenarnya mahu Kamal menjarakkan dirinya dari Hawa. Icha tidak pernah bersetuju dengan cara Rozita selama ini. Pelbagai dugaan yang menguji ketabahan Hawa dan keluarga. Berjayakah Rozita memisahkan Hawa dan suaminya, Kamal?