Chacha Maembong
Chacha Maembong | Actor
Bidadari Salju
Mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. 8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya.
Anak Perjanjian Syaitan
Anak perjanjian syaitan mengisahkan tentang cikgu zaidy (nadzmi adhwa) dan isterinya, azlinda (chacha maembong) yang sudah tujuh tahun berkahwin, tetapi tidak mempunyai cahaya mata. Mereka berdua sentiasa ditekan oleh ibu cikgu zaidy iaitu puan rahmah (jasmin hamid) seorang janda kaya kematian suami yang terlalu ingin menimang cucu. Cikgu zaidy selalu didesak supaya berkahwin lain dan azlinda sering dicemuh oleh ibu mertuanya itu. Kemudian cikgu zaidy memohon untuk berpindah tempat kerja supaya memperoleh ketenangan dan ditempatkan di sebuah kampong di daerah kelahiran arwah bapanya. Mereka tinggal di rumah pusaka nenek cikgu zaidy. Rumah pusaka yang terpencil dan menyeramkan itu dijaga olehtukang kebun, pak man (shahrulnizam noor) dan sudah tidak didiami selama lebih lima tahun.