Gabby Wong

Gabby Wong | Actor

Glorifying Love
Glorifying Love"Filem ini mengisahkan Xing Zai, seorang jejaka yang tinggal di sebuah kampung kecil. Sejak kecil, dia sering membantu ayahnya turun ke laut untuk menangkap ikan. Si Gemuk, Si Pendek dan Si Tinggi merupakan kawan baik Xing Zai. Mereka sentiasa bersamanya tak kira apa yang berlaku. QianQian, seorang gadis bandar yang mempunyai gaya tersendiri datang ke kampung itu untuk bercuti. Disebabkan dia terpesona dengan keindahan kampung tersebut, dia mengambil keputusan untuk tinggal di situ selamanya. Perbezaan suasana di kampung telah mewujudkan suatu perasaan baru yang tak dapat diungkapkan. Malah ia menambah keinginannya untuk terus menetap di situ. Selepas beberapa hari tinggal di kampung itu, kelakuan QianQian telah menarik perhatian para penduduk kampung. QianQian menyewa bilik yang berhampiran dengan rumah Xing Zai. Dari situ, bermulalah persahabatan mereka. Pada awalnya, Xing Zai tidak menyukai QianQian kerana dia sering menyusahkannya. Namun, lama-kelamaan, Xing Zai dan rakan-rakannya mula menerima kehadiran QianQian. Mereka sering menghabiskan masa bersama meneroka kampung itu dengan menaiki motosikal. Sejak itu, QianQian berasa sangat bebas kerana dia tak pernah berasa sebegitu. Dalam pada itu, kampung itu dikejutkan dengan kehadiran dua orang luar yang ingin membawa QianQian pulang. Keadaan bertambah buruk apabila orang kampung cuba menyelamatkan QianQian sehingga akhirnya, rahsia QianQian terbongkar. QianQian sebenarnya lari dari rumah kerana keluarganya memberi tekanan kepadanya sejak dia kanak-kanak. Keesokan harinya, ibu bapa QianQian datang ke rumah Xing Zai dengan harapan mereka dapat memujuk QianQian untuk pulang. Xing Zai hanya menuruti kehendak ibu bapa QianQian, tetapi QianQian kecewa dengan Xing Zai kerana tidak memahaminya."
Keimanan Cinta
Keimanan CintaDrama 10 episod ini menampilkan Izreen Azminda sebagai Fazura dijodohkan dengan Alan, lakonan Jason Chong. Fazura merupakan seorang jurutera di syarikat kepunyaan Tan Sri Yong yang juga merupakan datuk kepada Alan. Tan Sri Yong, seorang ahli perniagaan berbangsa Cina yang merupakan salah seorang hartawan Malaysia. Beliau suka membantu sesiapa sahaja yang berada di dalam kesusahan termasuklah Azman, lakonan Iqram Dinzly. Azman merupakan anak angkat kepada Tan Sri Yong dan tinggal bersama-sama Tan Sri Yong sekeluarga sejak kehilangan ibu dan bapanya. Azman dan Alan juga merupakan sahabat baik. Menghidapi penyakit yang boleh membawa maut adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh Fazura. Allah SWT telah memberi satu dugaan terhebat kepadanya selain daripada kematian ibu bapanya. Namun, Fazura redha dengan ketentuanNya kerana setiap titis darah, hembusan nafas dan degupan jantungnya adalah milik Yang Maha Esa. Dialah yang lebih berhak ke atas kehidupan setiap hamba Nya. Pertemuan Fazura dengan Tan Sri Yong merupakan sesuatu yang tidak dijangka. Menikahi cucu hartawan itu pula langsung tidak pernah terlintas dalam fikirannya. Fazura akhirnya nekad berkahwin dengan Alan tanpa mengetahui ada hati insan lain yang memendam rasa. Bagi Azman, wanita sebaik Fazura bukan sepatutnya dimiliki oleh lelaki seperti Alan. Jane yang mengenali Fazura sejak kecil mula merasakan manisnya KEIMANAN CINTA Fazura. Setiap insan yang muncul dalam diri Fazura akan menyayangi insan ini. Namun, sempatkah untuk Fazura menyaksikan KEIMANAN CINTAnya subur mekar dalam setiap jiwa insan-insan di sekelilingnya? Kelmarin adalah sejarah, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan dan misteri.