Modern Marriage
Ibu sepenuh masa, Shen Huixing pelajar cemerlang dari sekolah terkemuka. Selepas dia berkahwin, dia menjadi suri rumah tangga yang menjaga suami dan anak. Dia menggunakan bakatnya dalam rumah tangganya. Suaminya, Sheng Jiangchuan ialah pekerja pejabat. Kerjanya amat sibuk dan tiada masa untuk menemani isteri dan anaknya. Shen Huixing terpaksa menanggung semua kewajipan rumah tangga. Usia anak perempuan mereka semakin meningkat. Shen Huixing rasa telah tiba masanya untuk kembali bekerja di pejabat. Namun, syarikat Shen Huixing ialah syarikat persaingan kepada syarikat Shen Jiangchuan. Selepas Shen Huixing bekerja semula, dia meminta Sheng Jiangchuan berkongsi kerja di rumah, hal ini menyebabkan mereka sering bertengkar. Satu kemalangan berlaku dan membesarkan konflik di antara Shen Huixing dan Sheng Jiangchuan lalu mencetuskan isu perceraian. Selepas itu, Shen Huixing mula mendapat pengiktirafan di tempat kerja. Sheng Jiangchuan mula memahami usaha isterinya ketika dia bergaul dengan anak peempuannya. Mereka mula mencintai antara satu sama lain semula. Suami isteri muda ini membesar dalam kerjaya dan perkahwinan mereka. Akhirnya mereka menguruskan hal rumah tangga dan kerjaya dengan cara yang lebih matang, Mereka memilih untuk saling percayai, membesar bersama, berusaha dalam kerja masing-masing dan berkongsi kewajipan rumah tangga.