Hantu Bungkus Ikat Tepi

iflix

Hantu Bungkus Ikat Tepi

  • PG
  • 2015
  • 85mins
Ini kisah tiga orang kawan baik, Fuad, Fendi dan Fadli. Mereka menjalani hidup sederhana dan mempunyai duit yang cukup-cukup untuk makan. Mereka nampak berani tetapi sebenarnya pengecut. Cerita bermula apabila mereka menaiki kereta api pada satu malam dan tiba-tiba mereka ternampak seorang lelaki terbaring dengan badan dipenuhi darah. Fuad, Fadli dan Fendi berasa takut kerana ada pisau di sebelah mayat dan risau mereka yang akan dituduh membunuh. Jadi mereka memutuskan untuk menanam mayat itu di satu kawasan. Mayat itu tidak dibalut dengan sempurna kerana mereka ingin cepat dan ikatan di kepala dibuat senget untuk memastikan itu mayat yang mereka tanam jika ia disiasat oleh polis. Selepas kejadian itu, mereka sering diganggu oleh mayat tersebut. Mereka juga diugut untuk menyempurnakan pengebumian mayat itu dan mencari pembunuhnya. Mimi, jiran mereka yang pada mulanya hanya meminjamkan iPad untuk memudahkan mereka mencari maklumat akhirnya terlibat sekali. Mimi gadis yang banyak bercakap dan ia membuatkan Fendi dan Fadli kurang selesa tetapi mereka tetap meneruskan pencarian. Dalam pencarian mereka, banyak perkara menakutkan terjadi sehinggalah mereka sampai di Highland Tower untuk mencari maklumat. Adakah mereka dapat menjejaki pembunuhnya? Adakah mereka akan selamat? Apa yang akan terjadi pada mereka berempat?Tonton Hantu Bungkus Ikat Tepi untuk tahu jawapannya.GenresComedyHorrorStarringNora DanishKumpulan JambuAbam BoceyDirectorHashim Rejab