Zack Kapcai

iflix
Zack Kapcai

Zack Kapcai

  • PG
  • 2016
  • 77mins
StarringFad BoceySyuk SYJShahfiezJulia Farhana MarinDirectorRosli Mohd TaibWatak utama filem ini, Zack merupakan seorang remaja yang gemar berlumba. Namun begitu, minat Zack ditentang hebat oleh ibunya, Minah. Hal ini kerana Rudy, suami Minah dan juga ayah kandung Zack adalah seorang Raja Kapcai pada suatu masa dulu. Rumah tangga Minah dan Rudy juga hancur disebabkan gelaran Raja Kapcai itu. Pada suatu hari, Zack berjaya memenangi Qistina, motosikal kegemaran Roy. Persahabatan antara Zack dan Roy hancur dan mereka menjadi musuh. Sementara itu, Minah amat marah dengan aktiviti lumba Zack. Zack dimarahi oleh ibunya itu dengan teruk sehingga dia berjanji tidak akan berlumba lagi. Namun begitu, semuanya berubah selepas Zack menemui poster lama Rudy dan Minah dengan kapsyen "Raja Kapcai Menamatkan Zaman Bujang". Zack berasa teruja kerana ayah kandungnya adalah Raja Kapcai. Oleh itu, Zack berazam untuk menjejaki ayah kandung dan adiknya yang telah terpisah.