iflix
premium
Haru Biru

Haru Biru

  • PG-13
  • 2007
  • 86mins
StarringQue HaidarDynas MokhtarIjoyBetty BanafeEman MananAdlin Aman RamlieNorazmi BahronYus WaisarDirectorShadan HashimKid (Que Haidar) seorang eksekutif muda, Ariyana (Dynaz) seorang model, dan Dani (Ijoy Azhari) seorang fotografer bebas, adalah tiga remaja yang bersahabat. Hubungan ini kemudiannya dibebani oleh perasaan cinta yang tersembunyi, lantas menimbulkan konflik yang meruntuhkan persahabatan mereka. Dalam diam Kid menjalinkan hubungan cinta dengan Ariyana dan membelakangi Dani. Kepura-puraan ini terbongkar apabila Suzi (Betty Banafe), perempuan simpanan Big Daddy, yang juga bekas kekasih Kid muncul kembali menagih harapan dari Kid. Suzi menghalang perhubungan Kid dan Ariyana kerana dia juga mahu Kid membantunya melarikan diri dari Big Daddy. Ariyana kecewa dengan tindak-tanduk Kid, lantas memutuskan perhubungan mereka berdua. Kini Dani pula menghilangkan diri setelah rasa dikhianati dan diperbodohkan oleh Kid, malah Ariyana sendiri. Atas tekanan dan godaan Suzi, Kid terpaksa juga membantu Suzi melarikan diri. Namun tidak semudah itu. Abang Kecik (Eman Manan), orang paling kanan Big Daddy mula menjejaki mereka. Keadaan semakin genting apabila tindakan-tindakan mereka menjadi haru biru dan di luar kawalan. Konflik kemanusiaan dalam perhubungan, persahabatan, percintaan, pengaruh dadah dan perempuan simpanan, dipaparkan menerusi isu-isu sosial, gaya hidup, skandal serta gangsterism. HARU BIRU - membawa anda kesudahan yang di luar jangkaan.