iflix
premium
Potret Mistik

Potret Mistik

  • PG-13
  • 2005
  • 108mins
SubtitlesMalayStarringCico HarahapKhai AFSerina RedzuawanFarid KamilIsmail DinAznah HamidPierre AndreLiza Zain.DirectorAbdul Razak MohaideenMengisahkan Jeff, Dina, Harry dan Winnie yang merupakan mahasiswa yang sedang menjalankan tugasan iaitu menghasilkan buletin kampus. Masing-masing membuat persiapan untuk menulis mengenai hal-hal yang berlainan. Jeff yang tertarik dengan kewujudan sebuah banglo ingin menulis mengenai perkara aneh yang berlaku di banglo itu, ia menjadi bualan para pelajar kampus. Misteri bermula apabila Jeff menemui sebuah potret berhampiran dengan banglo tersebut. Sejak itu, dia sering mengalami kejadian aneh. Dina yang membuat artikel mengenai rumah anak yatim pula telah menemui bukti yang dapat mengaitkan Jeff dengan banglo tersebut. 23 tahun yang lalu, Kartini telah meminta seorang pelukis, Hayden untuk melukis potretnya. Potret itu adalah untuk dihadiahkan kepada suaminya, Amar yang keluar negara atas urusan perniagaan. Sekembalinya ke tanah air, Amar mendengar cerita dari penduduk sekitar bahawa Kartini telah berlaku curang kerana sering dikunjungi oleh seorang lelaki semasa ketiadaannya. Amar menjadi marah maka berlakulah peristiwa yang sangat mengerikan. Apakah kaitan Jeff dengan banglo tersebut? Potret siapakah yang ditemui oleh Jeff di banglo itu?