iflix
Nana Narita

Nana Narita

  • TV-G
  • 2011
  • 1 Season
StarringFaezah ElaiAmran IsmailSofian BujangNor SyuhadaDirectorAzmi Hat
Nana narita mengisahkan seorang gadis yang terlalu meminati kartun anime jepun Narotu sehingga kehidupan seharian dia banyak dipengaruhi watak kantun ini....
Season 1

18 Episodes
Episode 1now playing
1. Episode 1
 
Episod pengenalan yang menggambarkan watak dan perwatakan Nana sebagai gadis jelmaan Naruto. Nana yang sebenarnya bukanlah pelajar yang cemerlang di sekolah, namun keputusan baik yang diperolehinya dalam matapelajaran seni lukis dan rekacipta telah melayakkan dia untuk ditawarkan kursus Art & Design di sebuah kolej swasta di ibu kota. Misi Salmah, ibu saudara yang memelihara Nana bersyukur dan lega kerana Nana Berjaya mendapat tempat di IPT. Misi Salmah sebenarnya risaukan masa depan Nana, lebih-lebih lagi dengan perangainya yang pelik dan kadangkala tidak boleh diterima akal. Tambahan lagi, dengan Nana belajar di Bandar, maka jauhlah dia daripada hinaan dan hasad dengki orang kampong yang berdendam dengan arwah bapanya. Nana pula berhadapan dilemma kerana risau untuk meninggalkan Misi Salmah sendirian di kampung....
Episode 2
2. Episode 2
 
Hari-hari pertama di kolej. Nana memperkenalkan dirinya sebagai Nana Naruto dan ini telah mengundang kelucuan di kalangan penuntut-penuntut lain. Nana memang menjadi tumpuan sepanjang minggu orientasi berlangsung. Tidak kurang juga yang meluat melihat gelagat Nana terutama gadis-gadis Bandar yang persis model dan moden katanya. Antara yang tidak setuju dengan Nana ialah Zila. Beberapa kali mereka mencuba untuk mengenakan Nana, namun mereka silap kerana sifat semulajadi Nana, dia akan membalas dengan serta merta dengan skil dan kebolehan yang dia ada. Ketika itu, dapat disaksikan Nana akan beraksi dan mengeluarkan statement seperti ekor kesembilan Kyubi telah keluar, Naruto dan Kyubi sudah bersatu dan banyak lagi. Banyak kali juga aktiviti yang disusun oleh pihak kolej terganggu dengan tindakan spontan serta mendadak Nana yang dia sendiri tidak menjangkakan kesannya....
Episode 3
3. Episode 3
 
Misi Salmah setiap hari termenung mengenangkan Nana. Dia rindukan anak saudaranya itu. Misi Salmah semakin terasa apabila kini dia kerap terganggu dengan Aman Khan. Setiap petang, Aman Khan akan menunggunya di depan pagar klinik kesihatan. Sekiranya tidak dilayan, Aman Khan akan buat kecoh di situ dan mencari pasal dengan sesiapa saja yang lalu lalang. Bulat pula menjadi pembantu setia bapanya dengan menguruskan Ijal dan Mona supaya dua sahabat baik Nana itu tidak akan mengganggu usaha-usaha bapanya untuk mendapatkan Misi Salmah. Pada suatu hari Aman Khan telah datang ke rumah Misi Salmah. Aiman yang sedang memberi Gamakokok makan telah terserempak dengan Aman Khan. Aiman telah mematahkan rancangan Aman Khan untuk menganggu Misi Salmah. Misi Salmah menawarkan tugas baru kepada Aiman iaitu sebagai pengawal keselematan di rumahnya. Ketiadaan Nana menyebabkan Ijal dan Mona semakin akrab....
Episode 4
4. Episode 4
 
Bermulalah kehidupan Nana di kolej dengan pengawasan Lipan. Walaupun dia agak takut dengan Lipan, namun Nana tidak mahu menjadikannya alasan yang membantutkan keseronokannya bergelar pelajar kolej. Lipan tidaklah mengawasinya setiap masa, namun apa yang perlu Nana ingat adalah, apa saja perbuatannya yang menimbulkan masalah pada orang lain, akan sampai ke pengetahuan Lipan dan hukuman akan dikenakan. Sebenarnya, Lipan saja tidak mahu memerhatikan Nana dengan kerap dan dalam erti kata lain mendekatkan dirinya dengan Nana. Ini kerana, dia sendiri sudah cukup serabut dengan masalah dirinya yang baru saja putus kasih dengan teman wanitanya yang curang. Dan kini, teman wanitanya yang berlagak dan poyo itu sedang cuba untuk kembali kepadanya. Kerana itulah, Lipan menjadi sedikit psycho sejak akhir-akhir ini. Lipan sebenarnya tertarik dengan personaliti Nana yang luar biasa dan agak pelik....
Episode 5
5. Episode 5
 
Nana pulang bercuti pertengahan semester selama seminggu. Misi Salmah yang terlalu gembira dengan kepulangan Nana segera membubarkan perintah berkurungnya. Misi Salmah menghabiskan masa sepenuhnya dengan Nana dan bercerita pelbagai perkara yang berlaku terutama tentang Aman Khan. Nana naik bengang dengan Aman Khan yang melampau. Nana bercadang untuk menyerang Aman Khan dan Bulat. Namun begitu sempat juga Nana bertanya kepada Misi Salmah tentang apa perasaan apabila diminati setengah mati oleh seorang lelaki. Misi Salmah menjawab yang ianya bergantung kepada jenis lelaki yang meminati kita. Nana tiba-tiba terfikir yang dia teringin merasa diminati, disayangi dan juga menyayangi seorang lelaki. Lebih-lebih lagi, setelah melihat keghairahan rakan sebiliknya yang tergedik-gedik bercerita tentang lelaki yang meminatinya. Tetapi, siapa yang mahukan dirinya. Nana kembali kepada kisah Naruto sebagai rujukannya....
Episode 6
6. Episode 6
 
Nana kembali ke kolej semula setelah seminggu bercuti di kampong. Nana merasakan selain bertemu makciknya, percutiannya kali ini sangat mengecewakan. Sudahlah beria-ia hendak menjadi feminine, kawan baik sendiri pula mengkhianatinya. Perasaan marah Nana semakin membuak-buak. Namun, dia harus cool kerana exam bakal tiba. Dia perlu study. Mengenangkan pembelajarannya, hati Nana lega sedikit. Nana merasakan kursus yang diambil sangat sesuai dengan jiwanya. Dia juga kerap menjadi tumpuan terutama apabila tiba subjek lukisan, kerana kebolehannya melukis dengan baik khususnya karikatur. Nana ada terserempak dengan Lipan dan lelaki itu membuat muka berlagak dengannya. Nana yang masih menyimpan mood marahnya tiba-tiba teringin melakukan sesuatu yang akan mengakibatkan Lipan marah. Nana hanya perlu membuat perkara yang akan memberi kesan kepada pelajar lain. Nana sebenarnya teringin hendak tahu bentuk hukuman apa agaknya yang Lipan akan kenakan padanya....
Episode 7
7. Episode 7
 
Di kampong, Mona masih lagi tertanya-tanya, kenapa Nana marah sangat terhadap dirinya. Nana ada bertanya kepada Misi Salmah, namun dia sendiri tiada jawapan untuk itu. Suatu hari, Mona ternampak Ijal seolah-olah bertengkar dengan Bulat. Mona menghampiri mereka kerana khuatir sesuatu yang buruk akan berlaku. Mona terdengar perbualan mereka dan ia berkaitan dirinya. Ijal dan Bulat bergaduh kerana berebutkan dirinya. Bulat ada menyuruh Ijal mengalah dan memberikan saja Mona kepadanya kerana Ijal boleh memilih Nana yang setengah mati meminatinya. Ijal kata Bulat mengarut. Bagi Mona pula, dia sudah tahu perkara sebenar yang membuatkan Nana marah. Mona segera bersemuka dengan Ijal dan Bulat dan mengatakan yang dia tidak ada perasaan terhadap kedua-duanya. Ijal dan Mona terdiam. Maya bertemu dengan Nana dan berkata macam-macam terhadap Nana. Nana rimas kerana baginya, ini adalah masalah Lipan dan dan Maya....
Episode 8
8. Episode 8
 
Aman Khan dan Bulat mengatur strategi terperinci tentang bagaimana untuk memenangi hati Misi Salmah. Ini kerana, ibunya ada berpesan yang dia hanya akan menyerahkan harta pusakanya kepada Aman Khan sekiranya dia berkahwin lagi dan syaratnya mestilah berkahwin dengan anak dara. Misi Salmah pula, memang pening kepala dibuatnya bila Nana tiada, lebih-lebih lagi dengan gangguan demi gangguan Aman Khan. Misi Salmah ada bercerita kepada Tok Basir seorang guru silat di kampungnya tentang Aman Khan. Apa yang memeranjatkan, Tok Basir yang keseorangan menawarkan diri untuk menjadi teman lelaki olok-olok Misi Salmah. Misi Salmah terkedu, masakan dia mahu bertemankan orang tua gangyut macam Tok Basir sedangkan dirinya masih lagi bergetah. Namun, demi memikirkan keselamatannya, Misi Salmah akur dalam terpaksa. Setidak-tidaknya keselamatannya terjamin, kerana Tok Basir ada ilmu mempertahankan diri....
Episode 9
9. Episode 9
 
Nana Kassim mulai berasa kurang senang apabila orang di sekelilingnya mulai memperkatakan tentang Nana Kassim yang terlalu sporting dan membiarkan teman lelaki anak-anaknya bebas keluar masuk ke rumahnya....
Episode 10
10. Episode 10
 
Nana sudah mula tepu dengan perangai Niki yang over dan melampau serta tidak menghormati hak orang lain. Niki sering merasakan yang kerana badannya besar, dia sangat berpengaruh dan orang lain akan tunduk patuh kepada semua kehendaknya. Nana merasakan sebagai balasan, dia perlu memanfaatkan kewujudan Niki sebaik-baiknya. Nana benar-benar menjadikan Niki sebagai bouncernya. Nana tidak sukar untuk mempergunakan Niki, kerana di hanya perlu memuji dan menggunakan saja NIki dengan segala kelebihan yang dia ada, dan Niki akan dengan rela hati menurut saja apa kata-kata Nana. Niki memang sangat suka dipuji. Nana sangat memerlukan Niki buat masa sekarang. Ini kerana, Lipan sering mengganggunya dan mengikuti pergerakannya ke mana saja. Lipan sebenarnya, ingin meminta maaf daripada Nana. Nana yang sangat marah dengan Lipan, tidak memberi peluang langsung kepadanya. Satu kolej sudah kecoh dengan Nana dan Niki....
Episode 11
11. Episode 11
 
Nana Kassim mulai berasa kurang senang apabila orang di sekelilingnya mulai memperkatakan tentang Nana Kassim yang terlalu sporting dan membiarkan teman lelaki anak-anaknya bebas keluar masuk ke rumahnya....
Episode 12
12. Episode 12
 
Konflik antara Lipan, Nana dan Niki sampai ke pengetahuan Pengarah Kolej apabila ada sebilangan pelajar yang sudah tidak tahan melihat drama mereka bertiga yang agak mengganggu ketenteraman awam. Mereka bertiga telah dipanggil mengadap. Setelah soal siasat dijalankan, pengarah kolej mengambil keputusan untuk hanya memberi maran kepada mereka. Pengarah kolej tidak boleh membuat keputusan drastic untuk membuang mereka, kerana ketiga-tiganya merupakan asset kepada kolej. Nana adalah salah seorang yang begitu berbakat di dalam bidang lukisan. Baru-baru ini, Nana telah menyertai satu pameran lukisan antara kolej dan karyanya mendapat sambutan hangat. Niki pula asset kolej dalam bidang sukan. Manakala, Lipan, adalah seorang pemimpin pelajar yang berwibawa serta berbakat di dalam bidang seni dengan menjadi pemantun terbaik kolej. Nana tergelak ketika mengetahui yang Lipan adalah seorang pemantun, kerana tidak kena dengan perwatakan ganasnya. Lipan juga malu Nana mengetahui perkara itu....
Episode 13
13. Episode 13
 
Ijal dan Mona datang berjumpa Nana kerana Nana sudah lama tidak pulang ke kampong. Mona menceritakan perkara sebenar tentang dia yang baru berbaik dengn Ijal dan sekarang mereka sedang berlakon bercinta untuk membuatkan Bulat cemburu. Nana bosan dengar cerita mereka dan beranggapan yang Mona seperti sengaja ingin sakitkan hatinya. Mona dan Ijal juga diperkenalkan dengan Niki. Ijal dan Mona gelakkan Nana kerana memilih kawan seperti Niki. Nana frust kerana kawan-kawannya mengambil remeh apa yang dilaluinya di kolej dan mempersendakan orang yang selalu mempertahankannya. Nana juga kecewa dengan Ijal dan Mona yang hanya pentingkan diri sendiri setelah Nana masuk kolej serta hanya jarang-jarang menjenguk makciknya. Niki tanpa izin Nana, mengajak Ijal dan Mona merancang sesuatu untuk mengenakan Lipan. Misi Salmah mula pasang badan apabila Tengku Farel bercadang untuk berjumpa dengannya pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian....
Episode 14
14. Episode 14
 
Peperiksaan akhir semester sudah semakin hampir. Semua pelajar sedang berada di dalam revision period. Nana ambil kesempatan untuk pulang ke kampong dan study di sana. Niki menawarkan diri untuk mengikut Nana pulang ke kampong dan Nana bersetuju. Lipan menjalankan misinya yang tersendiri apabila dia berbaik semula dengan Zila yang juga sebilik dengan Nana dulu. Lipan menasihatkan Zila agar masuk ke asrama semula supaya boleh fokus terhadap study. Zila yakin dengan kesungguhan Lipan yang hakikatnya hanya berpura-pura untuk menjeleskan Nana. Itu pun, setelah kawan-kawannya menyedarkan dia yang kemungkinan Nana ada menyimpan perasaan terhadap dirinya. Zila masuk semula ke bilik Nana beberapa hari sebelum Nana pulang ke kampong. Lipan sengaja menyuruh Zila mencuri barang-barang Naruto kepunyaan Nana dengan alasan untuk menyakitkan hati Nana....
Episode 15
15. Episode 15
 
Niki dan Nana pulang ke kampong. Nana terkejut melihat makciknya yang sangat bergaya tidak seperti selalu. Misi Salmah yang pembersih dan pengemas rimas dengan Niki yang suka menyepah. Di depan Ijal dan Mona, Nana menjadikan Niki seperti budak suruhannya. Niki yang tidak faham kenapa Nana berbuat demikian, berasa agak kecil hati. Nana sebenarnya sengaja berbuat demikian kerana ingin memberitahu Mona dan Ijal yang dia ada kawan yang sanggup buat apa saja untuknya, bukan seperti mereka. Niki jadi penat di kampong dengan Nana kerana dia tidak sangka yang Nana akan menjadi begitu aktif di kampong, pegi memancing, panjat pokok, tangkap katak, dan macam-macam lagi benda pelik. Aiman turut sama melalukan aktiviti itu sehinggakan emak Aiman menyangka Nana mengajar perkara-perkara yang negetif pada Aiman. Dalam masa yang sama, Nana juga turut membantu Aiman mengulangkaji pelajarannya. Niki sempat berkenalan dengan Bulat ketika Bulat sedang berjogging....
Episode 16
16. Episode 16
 
Peperiksaan akhir telah pun bermula. Nana menjawabnya dengan tenang. Ramai yang tidak tahu Nana sebenarnya genius dalam subjek tertentu dan ini sangat berkait dengan daya imaginasinya yang tinggi. Niki pula sering merungut apabila pulang dari peperiksaan kerana dia langsung tidak study. Sebelum periksa, Lipan sempat mengirimkan beberapa rangkap pantun ucap selamat menjalani peperiksaan kepada Nana. Nana tergelak membaca pantun Lipan yang sangat jiwang. Nana membalas dengan lukisan karikatur mengejek dan mengatakan Lipan jiwang dan menampalnya di dinding kolej. Lipan menahan dirinya agar terus bersabar dengan keegoan Nana. Sebaliknya, Zila pula yang sibuk-sibuk marahkan Nana. Nana bersemuka dengan Lipan dan Lipan bertanyakan apakah syarat yang membolehkan mereka berdamai. Lipan tidak mahu lagi dicop sebagai samseng kolej kerana selepas ini, dia ingi dikenali dengan imej bersih oleh kerana dia akan bertanding jawatan penting Majlis Perwakilan Pelajar Kolej....
Episode 17
17. Episode 17
 
Cuti panjang bermula dan Nana pulang ke kampong. Misi Salmah memaksa Nana untuk membalas dendam terhadap Aman Khan yang telah menipunya. Nana yang kebetulan ingin mempelajari seni silat daripada Tok Basir, mendapat satu idea. Dia inginkan pertarungan diadakan antara Tok Basir dan Aman Khan. Sekiranya Aman Khan menang, dia akan mendapat peluang lagi untuk mendekati Misi Salmah dan jika sebaliknya, dia diharamkan daripada menyentuh Misi Salmah. Aman Khan sebenarnya ada mengajar seni silambam di kampong. Sejak akhir-akhir ini, memang dia banyak mencari pasal dengan Tok Basir kerana ramai anak muridnya yang telah lari kepada Tok Basir. Untuk meramaikan anak murid Tok Basir, Aiman telah memujuk rakan-rakan seusia dengannya berguru dengan Tok Basir. Kelas Nana bersama Tok Basir pada awalnya sangat memeningkan Tok Basir kerana dia terbawa-bawa imej Ninja Naruto serta memaksa Tok Basir untuk mengikut stail jonin-jonin Ninja di dalam Naruto....
Episode 18
18. Episode 18
 
Nana semakin giat menjalani latihan silat menjelang cuti semester yang hampir tamat. Niki berkunjung ke kampong Nana untuk memberikan semangat dan menemani Nana berlatih. Di Kuala Lumpur, Lipan hanya rileks dan tidak menjalani apa-apa latihan. Ini kerana, sememangnya, dia tidak mahu bertarung dengan Nana, dan dia hanya bersetuju untuk memuaskan hati Nana. Lagipun, Lipan tidak akan sesekali mencedarakan orang yang telah dengan tidak sengajanya mencuri hatinya. Lipan juga telah berterus terang dengan Zila tentang lakonannya selama ini. Zila kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Lipan. Dia ingin membalas dendam kepada Lipan. Pada awal semester dibuka, Niki sibuk mempromosikan tournament antara Lipan dan Nana. Pertarungan ini sememangnya menjadi satu tarikan hangat pada awal semester. Di pihak Lipan, dia hanya senyap saja. Nana berasa hairan, namun yakin, Lipan melakukannya secara senyap dengan strategi yang tersendiri. Hari pertarungan berlangsung....