Isteriku Bukan Queen Control

iflix

Isteriku Bukan Queen Control

  • TV-G
  • 2011
Isteriku Bukan Queen Control mengisahkan Maisarah, seorang pengurus kanan di syarikat pengeluar produk barangan rumah tangga. Sikap tegasnya di tempat kerja membuatkan ramai beranggapan dia seorang yang garang, kuat cemburu dan mengawal keadaan termasuk suaminya, Hambali. Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku kerana di rumah sikap Maisarah berbeza dan sangat patuh dan sayang kepada suami dan anak-anak.Suatu hari Hambali dibuang kerja kerana syarikat tempat dia bekerja mengalami kerugian. Maisarah menerima berita itu dengan tenang dan menasihati suaminya untuk cuba memohon kerja lain. Walaupun puas mencuba, tetapi usahanya itu gagal. Kerana Hambali tidak bekerja juga menyebabkan Maisarah terpaksa menanggung semua perbelanjaan rumah. Situasi dialami Maisarah dan Hambali tidak digemari ibu Maisarah, Puan Azizah dan menganggap anaknya dipergunakan oleh Hambali. Bagi mengambil hati isteri dan ibu mentua, Hambali cuba mengambil alih tugas menguruskan rumah tangga. Namun ada pihak menabur fitnah bahawa Hambali menjadi hamba kepada isteri. Perkembangan itu tidak menggembirakan ibu Hambali, Jamilah....
GenresDramaStarringZul YahyaAmyza AdnanAzza Eliteand Rosnah Mat ArisDirectorEmi Suffian