Along Eyzendy
Paku Pontianak
Paku PontianakSelepas insiden Adam melanggar seorang gadis bernama Melati dengan keretanya, Adam dan keluarganya telah mengambil keputusan untuk menjaga Melati. Melati tersedar dari kemalangan tersebut sehari selepas kejadian itu dan tidak boleh mengingati apa2 pun melainkan nama beliau. Seri rasa terancam dengan kehadiran Melati kerana Seri selalu mengimpikan untuk menjadikan Adam sebagai suaminya. Setahun sudah berlalu, Melati masih tidak teringat apa2 pun tentang dirinya dan masih lagi tinggal bersama keluarga Adam. Fatima ibu kepada Adam telah mengambil keputusan untuk menyuruh Adam untuk berkahwin dengan Melati bagi mengelakkan orang mengata tentang keluarga mereka. Adam dan Melati pada ketika itu yang sudah saling menyimpan perasaan di antara satu sama lain, bersetuju dengan cadangan Fatima. Perkahwinan mereka telah menyebabkan Seri sangat kecewa dan berdendam, Seri bersumpah yang dia akan melakukan segalanya untuk merosakkan serta mengucar-kacirkan hidup Melati. Semenjak dari itu, perkahwinan Adam dan Melati bermasalah. Melati sering sakit dan dia selalu menjerit dan terkena histeria. Pak Leh, pakcik kepada Adam mula merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Melati. Pak Leh juga seolah2 telah dapat mengetahui apakah punca permasalahan antara Adam dan Melati yang sebenarnya. Satu hari, Adam terasa seperti ada satu bonjolan kecil di belakang leher Melati. Adam menyangka Seri adalah dalang di sebalik perkara itu tetapi Pak Leh menyatakan bahawa Melati sebenarnya adalah seorang PONTIANAK!!! Adakah Melati betul2 seorang PONTIANAK?? Atau adakah ianya disebabkan oleh Seri? Apa yang akan terjadi pada Adam?
1 Lawan Satu
1 Lawan SatuSetiap pahlawan ada ceritanya… Begitu juga SALEH dan RADHI, dua orang ‘pahlawan’ yang berasal daripada latar belakang dan dunia yang berbeza namun berjumpa dan bertempur dalam satu arena. SALEH dibesarkan dengan ilmu mempertahankan diri yang penuh di dada warisan terunggul keluarganya. Kehilangan adiknya, SALEHA telah menyebabkan ayahnya melepaskan SALEH pergi untuk membawanya pulang semula ke pangkuan keluarga mereka. Berbeza dengan hidup RADHI yang berlawan demi menyelamatkan nyawa adiknya, SARA yang sedang sakit tenat. RADHI boleh menahan sebarang hentakan pada badannya asalkan duit sebanyak RM50 ribu berjaya dikumpulnya demi pembedahan SARA. Kehadiran SALEH ke bandar telah menemukannya dengan NORA, kawan kepada SALEHA. Namun SALEHA masih tidak ditemui. NORA dengan rela hati membantu SALEH mencari SALEHA sehingga jumpa. Ketangkasan dan keazaman RADHI telah menyebabkan OMAN, mengupahnya untuk berlawan untuknya. RADHI yang terdesak kerana memikirkan keadaan SARA menerima tawaran OMAN. Perjalanan SALEH dalam mencari SALEHA juga membawanya kepada OMAN yang telah membeli SALEHA dan mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur jika SALEH melawan. Tanpa mereka sedari, SALEH dan RADHI telah digunakan oleh OMAN untuknya mengaut keuntungan dalam perlawanan Malaysian Super Fighter 2012. Satu demi satu perlawanan terpaksa RADHI dan SALEH hadapi demi menyelamatkan nyawa adik masing – masing. Takdir menentukan yang dua orang pahlawan hebat ini bertemu di satu arena. Setiap tumbukan dan sepakan yang mereka terima akan menentukan nasib SALEHA dan SARA. Namun mereka sedikit pun tidak berputus asa dan berlawan sehabis mungkin. Siapakah yang akan menang dalam pertempuran hebat ini? Dapatkah SALEH membawa pulang SALEHA dengan selamat? Adakah RADHI akan berjaya menyelamatkan SARA? Semuanya akan terjawab dalam filem aksi hebat ini, ‘1 LAWAN SATU’…