Muranaka Tomo
Ia Wujud
Ia WujudPihak krew telah menerima sebuah rakaman daripada sekumpulan pelajar yang menyatakan bahawa mereka telah mengalami pengalaman mistik ketika melakukan rakaman di sebuah taman tema. Salah seorang dari ahli kumpulan mereka telah bertemu dengan pihak krew dan menceritakan pengalaman mereka ketika menjalankan rakaman disebuah tempat yang dipercayai keras pada beberapa tahun dahulu sebelum filem Highland Tower ditayangkan. Dia juga turut menunjukkan footage-footage untuk dijadikan bukti penemuan kewujudan entiti yang telah berjaya dirakam kepada pihak krew. Dengan kebenaran mereka pihak krew telah menyusun semula footage-footage tersebut. Your, ketua misi tersebut, Mat sebagai jurukamera dan 3 orang rakan, Arif, Anam dan Tom adalah mereka yang mengikuti rakaman tersebut. Seawal jam 4.45 petang mereka menaiki satu kereta menuju ke taman tema tersebut untuk merakam kejadian di sana. Mereka sampai awal untuk memastikan tempat-tempat yang ingin di ambil untuk mendapatkan footage-footage sebenar yang dirakam. Seorang lelaki, penjaga taman tema yang ditugaskan oleh pemilik tanah datang dan melarang team Your untuk membuat rakaman namun selepas dipujuk, akhirnya lelaki tersebut bersetuju. Lelaki itu membawa Your dan team ke kawasan taman tema tersebut pada waktu malam untuk merakam footage-footage yang diingini. Beberapa cara untuk memanggil ‘penaung taman tema’ dengan menggunakan camera night vision. Adakah penemuan mereka berhasil? Adakah benar wujudnya makhluk halus di taman tema yang selama ini diperkatakan oleh orang ramai? Saksikan Ia Wujud.